Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Elok Nakhaie dekatkan Umno dengan Islam

KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad dinasihat mencadangkan kepada Umno supaya mengubah dasar parti itu kepada Islam.
Ini kerana sejak bekas ahli PAS itu menyertai Umno, beliau masih gagal untuk membawa Umno kembali kepada perjuangan sebenar umat Islam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, lebih baik bekas Yang Dipertua Yadim terbabit meminta Umno mengubah dasar perjuangan kepada Islam.
“Mana baik tahaluf dibuang daripada PAS berbanding mengubah dasar Umno kepada Islam. Ini kerana tahaluf kami bincang dalam Dewan Ulamak di mana ilmu mereka diakui cendikiawan di universiti dan peringkat antarabangsa.
“Ulama PAS mempunyai kelengkapan ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu mereka setaraf dengan mufti yang ada di negara kita sekarang.
“Tahaluf yang dibuat PAS telah dilulus Dewan Ulamak PAS. Dari segi tahaluf tidak boleh hendak disoalkan. Dalam hal ini lebih baik Umno ubah dasar kebangsaan kepada Islam,” katanya di sini.
Baru-baru ini, Nakhaie menyifatkan PAS belum terlambat mengkaji semula tahaluf siyasi dengan Keadilan dan DAP kerana dianggap membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan ramai lagi layak menjadi mufti, tetapi mereka lebih selesa berjuang bersama PAS.

0 Komen pengunjong :