Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN rampas balik Galas, pertahan Batu Sapi

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kemenangan selesa pada pilihan raya kecil yang diadakan serentak hari ini. Dalam kemenangan berganda BN juga mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti dua kali ganda.
BN juga mencatatkan majoriti berganda di kedua-dua kerusi Galas dan Batu Sapi.
Kemenangan dua pilihan raya kecil serentak ini dilihat memberi bayangan awal kemungkinan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat.
Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menerima 4,134.
Abdul Aziz merekodkan majoriti 1,190 undi — hampir dua kali ganda berbanding kelebihan undi dicatatkan oleh PAS pada 8 Mac 2008.
Pada Mac 2008, kerusi itu ditawan oleh PAS dua tahun lalu dengan kelebihan 646 undi menerusi Che Hashim Sulaima.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan
Mustapha Wan Ab Hamid di Gua Musang.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima pada 27 September akibat barah usus.
DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Seramai 9,555 pengundi atau 82.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum 2008.
Kira-kira 82 peratus keluar mengundi kali ini.
Di Batu Sapi, keputusan penjumlahan undi oleh SPR menunjukkan calon BN  Datin Linda Tsen mempertahankan kerusi itu dengan kelebihan 6.359 undi, juga lebih besar berbanding dua tahun lalu.
Penjumlahan undi itu dilakukan di Dewan Masyarakat Sandakan.

0 Komen pengunjong :