Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno Bergolak, Kumpulan Anti Musa Aman Diberi Amaran Keras

IMG_3630
Bekas penaja Umno Sabah, Datuk Karim Ghani berkata pergolakan dalam kem Umno dan Barisan Nasional dalam jentera pilihan raya kecil Batu Sapi bukan lagi rahsia apabila kumpulan pro Datuk Seri Shafie Afdal dan kumpulan pro Ketua Menteri saling sabotaj mensabotaj dalam usaha mereka menguasai politik Sabah.

Beliau mendakwa kumpulan Shafie sedang bergiat untuk memastikan bahawa ahli Umno dalam BN mengundi calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam PRK Batu Sapi 4 November depan.

Tindakan mereka telah sampai ke pengetahuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehingga telah memberi amaran keras kepada kelompok supaya berhenti berbuat demikian.

"Tujuan mereka ialah untuk memalukan Musa Aman sebagai Ketua Perhubungan Umno Sabah dan Pengarah Pilihan Raya Batu Sapi," kata Karim kepada Suara Keadilan.

Beliau juga menggesa ahli-ahli Usno yang menyertai Umno supaya tidak mengundi calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

"Ini kerana pada tahun 1985 PBS belot dan mengkhianati Usno serta menindas ahli-ahli Usno hampir 10 tahun.

"Untuk mereka menunjukkan kebencian kepada PBS saya harap mereka tidak mengundi calon PBS ini," ujar beliau.

Karim menegaskan PRK P185 Batu Sapi merupakan isyarat penting untuk menghadapi Pilihah Raya Umum ke-13 di mana hanya BN atau Pakatan Rakyat sahaja yang mampu membentuk kerajaan pusat.

Justeru itu adalah tindakan yang merugikan sekiranya pengundi Batu Sapi memberikan undi kepada Sapp yang hanya parti negeri yang tidak boleh membentuk kerajaan persekutuan dan merubah dasar kerajaan pusat.

"Kalau BN pula, rakyat juga akan menderita kerana ia mengamalkan buadaya 'cium tangan, angkat kaki, 'business as usual' dan 'status quo'. Kalau mahu perubahan tidak ada pilihan kecuali menyokong Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga bekas Naib Presiden Usno dan penasihat kumpulan bekas ahli-ahli Usno.

0 Komen pengunjong :