Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pertandingan Tiga Penjuru Di Batu Sapi


KUALA LUMPUR, 21 OKT - Pilihanraya kecil kawasan parlimen Batu Sapi bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) Barisan Nasional (BN) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Keadaan itu berikutan pertemuan di peringkat tertinggi antara PKR dan SAPP gagal mencari kata sepakat bagi membolehkan pilihanraya kecil tersebut menjadi pertandingan satu lawan satu.
Walaupun, perbincangan yang diadakan tengahari tadi antara kedua-dua parti berkenaan yang disertai oleh bendahari PKR William Leong dan Presiden SAPP, Yong Teck Lee gagal mencapai kata sepakat namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama di pilihanraya umum kakn datang.
Pilihanraya kecil Batu Sapi pada 4 Nov depan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berikutan kematian ahli parlimen kawasan itu, Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam satu kemalangan jalanraya baru-baru ini.
 Edmund memenangi kerusi berkenaan pada pilihanraya umum 2008 lalu dengan mengalahkan calon bebas Dr Chung Ong Wing dengan majoriti 3,708 undi selepas mendapat sejumlah 9,479 undi berbanding 5,771undi yang diperolehi oleh Dr Chung. 
Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi dimana1,535 daripadanya adalah pengundi pos dan 59.02 peratus daripada jumlah pengundi terdiri daripada pengundi beragama Islam, Cina 38.06 peratus.

0 Komen pengunjong :