Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS: Lantikan Ku Li akan elak Umno-BN guna rasuah undi

KUALA LUMPUR, 10 Okt — PAS, yang sebelum ini menegaskan tidak risau dengan keputusan Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikannya sebagai pengarah jentera BN di Galas, melihat ia juga akan mengelak Umno-BN daripada menggunakan wang untuk membeli undi pada pilihan raya kecil kerusi tersebut.
Bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, memandangkan Ahli Parlimen Gua Musang ini terkenal dengan prinsip politik bebas rasuah dan gejala politik wang dalam Umno dan BN, beliau percaya pilihan raya kecil kali ini akan bebas daripada amalan-amalan seperti ini, yang banyak diperkatakan semasa pilihan raya kecil-pilihan raya kecil lalu.
“Dengan menjadi pengarah pilihan raya, kita berharap dalam pilihan raya kecil ini, tidak akan ada rasuah politik, ketidakadilan kepada parti-parti lain bertanding.
“Tengku Razaleigh seorang pemimpin veteran yang mengutamakan elemen bersih dalam politik... dengan itu, saya berharap Umno dan BN tidak akan menggunakan wang ketika kempen kali ini,” kata Ahli Parlimen Tumpat ini.
Pilihan raya kecil ini akan diadakan pada 4 November.
Galas, yang dimenangi PAS pada 8 Mac 2008, merupakan salah satu kerusi DUN di Kelantan.
PAS dan Umno melihat pilihan raya kecil ini sangat penting bagi mereka.
“Kalau menggunakan wang bermakna ia memburukkan imej Tengku Razaleigh dan juga bercanggah dengan pendirian beliau,” kata Kamaruddin lagi.
Semalam, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen mengesahkan beliau menerima pelantikannya sebagai pengarah jentera BN mengetuai kempen pilihan raya kecil di Gua Musang.
Beliau berkata, ia merupakan tanggungjawab sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada dilantik sebagai calon tidak timbul kerana beliau perlu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta bermesyuarat mengenai perkara itu esok.
“Kita belum mengadakan mesyuaratpun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin.
“Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kita akan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu,” katanya.
Kamaruddin menambah, beliau juga yakin Tengku Razaleigh tidak akan menjadi calon Umno-BN di Galas.
Katanya, beliau yakin kerana Tengku Razaleigh sudah memberikan mesej yang jelas dengan menerima pelantikannya sebagai pengarah jentera BN.
“Tengku Razaleigh sudah memberikan mesej yang jelas dalam hal ini, malah tidak logik beliau akan memegang jawatan pengarah dan bertindak sebagai calon sekali gus.
“Memang tidak logik, perkara ini tidak berbangkit lagi... pada kami Tengku Razaleigh tidak akan menjadi calon,” katanya.

0 Komen pengunjong :