Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mukhriz Puji Tiga Negeri Pakatan Rakyat Tarik FDI Tertinggi Di Malaysia

mukhrizKUALA LUMPUR 21 Okt - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir terpaksa mengakui kecekapan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang diperintah pakatan Rakyat sebagai tiga negeri yang paling tinggi merekodkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berbanding negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

"Dalam tempoh  Januari hingga Ogos tahun ini, antara lima negeri yang menerima FDI tertinggi adalah Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

"Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN tidak pilih kasih dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) terus menjalankan  tugas mereka untuk mengalakkan pelaburan," kata beliau menjawab soalan lisan Ahli Parlimen yang meminta penjelasan berhubung isu pengaliran FDI negara yang merosot 81 peratus tahun lepas.

Walaupun tidak dapat menutup kekecewaannya bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih menarik bagi pelabur, Mukhriz tetap membuat dakwaan kononnya pemimpin Pakatan Rakyat memburukkan nama Malaysia di luar negara sehingga wujud rasa kurang senang di kalangan pelabur.

Bagaimana dakwaan tersebut dilihat tidak selari dengan kejayaan tiga negeri Pakatan Rakyat yang berjaya menarik FDI berbanding 9 negeri yang masih lagi di bawah Umno-BN yang dilihat lesu dalam usaha  membawa pelaburan baru ke negeri masing-masing.

0 Komen pengunjong :