Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri Pelancongan Didakwa 'Melancong' Sesuka Hati Dengan Wang Rakyat

yenyenKUALA LUMPUR 21 Okt - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen digelar sebagai "Menteri Melancong" apabila membelanjakan sebanyak RM245,000 semasa menjalankan tugas selama 10 hari bersama pasangannya.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua dalam kenyataan kepada media semalam berkata apa yang merunsingkan selepas Dr Ng memegang jawatan tersebut, beliau telah mengadakan lawatan ke Chelsea Flower Show selama 13 hari di Amsterdam, London dan Paris bersama 4 wakil dari kementerian dan wakil Perbadanan Putrajaya serta Jabatan Landskap Negara pada Mei 2009.

Lawatan itu telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM236,000.

Kos menampung lawatan rombongan 7 hari menjelajah ke tiga buah negara tersebut mencecah RM35,000 setiap seorang sehari.

Pada Mei 2010 pula, beliau bersama seorang wakil Perbadanan Putrajaya sekali lagi melawat ke Chelsea Flower Show tetapi kali ini kos pembiayaan rombongan meningkat kepada RM491,000.

Tian Chua juga turut mendedahkan lawatan kerja Dr Ng  ke Singapura selama tiga hari dari 14 hingga 16 Disember 2009 pula membabitkan kos sebanyak RM90,000.

"Jumlah ini tidak masuk akal, jika Menteri menaiki kapal terbang MAS yang bertaraf kelas bisnes pun tidak sampai RM2,000 (perjalanan ulang-alik) dan jika menginap Hotel Mandarin Oriental yang bertaraf 'Suite President' yang bernilai hampir RM13,000. Ini bermakna, kos untuk dua orang hanya bernilai RM30,000.

"Keadaan itu juga berlaku pada 1 hingga 2 Oktober 2010 di mana Menteri membelanjakan sebanyak RM78,000," kata beliau.

Disebalik kos perjalanan ke luar negara yang dianggap boros, Kementerian Pelancongan mengurangkan kos promosikan pelancongan secara mendadak kepada RM100 juta pada tahun ini berbanding RM320 juta pada tahun 2008.

"Berbanding dengan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman yang menjalankan tugas rasmi sebanyak enam kali setahun, Dr Ng pula telah ke luar negara sebanyak 15 kali dalam tahun ini sahaja.

"Apa yang membimbangkan kos rombongan Menteri tidak diberi butiran yang jelas dan ini mendatangkan syak wasangka berlakunya penyelewengan wang peruntukan tersebut," jelas Tian lagi.

Sebelum itu, Tian Chua dalam soalan lisan meminta Kementerian Pelancongan memberikan penjelasan secara terperinci berhubung rombongan rasmi Menteri dalam dan luar negeri termasuk bilangan pegawai dan kos sejak 2008 sehingga kini.

Beliau juga meminta Menteri menyatakan kos mempromosi pelancongan Malaysia di dalam dan luar negeri mengikut kategori dalam tempoh tersebut.

0 Komen pengunjong :