Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kerajaan BN Amal Diskriminasi Enggan Salur Peruntukan : Tian Chua





Ahli Parlimen Batu Tian Chua menganggap tindakan kerajaan Barisan Nasional yang tidak menyalurkan peruntukan kewangan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat merupakan satu bentuk diskriminasi.
Semalam Ahli Parlimen Sungai Siput,Dr Jeyakumar Devaraj menfailkan saman kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan  menuntut peruntukan yang sepatutnya diterima semua ahli parlimen.Menurut beliau ahli-ahli parlimen pembangkang tidak pernah mendapat dana peruntukan dijanjikan sejak 25 tahun lalu.
Tian Chua yang dihubungi TV Selangor berkata penafian pemberian peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang menunjukkan ketidakadilan dan beliau menyokong saman yang difailkan oleh Jeyakumar semalam.
"Ini satu diskriminasi yang telah lama berlaku jadi itu satu tindakan yang tepat  dan kita bersetuju dan menyokong tindakan ini (saman) untuk mendapatkan keadilan untuk semua ahli parlimen".
Tegas beliau lagi diskriminasi ini juga timbul dalam soal pemberian peruntukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat apabila kerajaan Barisan Nasional enggan menyalurkan peruntukan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negari di bawah Pakatan Rakyat yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
" Kita menganggap ini diskriminasi jadi selama ini mereka mendiskriminasikan negeri-negeri pembangkang dan ahli-ahli parlimen pembangkang".

0 Komen pengunjong :