Naib Presiden PKR Azmin Ali mengekalkan jawatan ketua cabang Gombak dengan mudah manakala Adun Batu Caves Amiruddin Shaari pula dipilih sebagai timbalannya.
Azmin yang bertanding jawatan timbalan presiden menerima 333 undi manakala pencabarnya Bakar Ninggal memperoleh 60 undi.
Amiruddin memperoleh 329 undi dan pencabarnya Jamaluddin Abdul Karim 68 undi.
Setakat 11.30 malam ini undi di dua lagi cabang di Selangor iaitu Kuala Selangor dan Ampang masih dikira.
Kuala Selangor dan Ampang masing-masing menjadi perhatian persaingan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Dalam pada itu di Padang Serai, Ahli Parlimennya N. Gobalakrisnan memenangi pemilihan dengan memperoleh 400 undi.
“Undi sudah dikira, majoriti saya dalam lingkungan 183 undi,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ini yang ditentang oleh dua lagi calon.
Di cabang Hulu Langat, Radzuan Ahmad menewaskan Adun Kajang Lee Kim Sin dengan majoriti 11 undi.
Radzuan memperoleh 370 undi manakala Lee pula 359 undi.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
1 month ago
0 Komen pengunjong :