Showing posts with label Pemilihan PKR. Show all posts

Azmin selesa muncul timbalan presiden baru, Zaid sah keluar PKR


PETALING JAYA, 15 Nov - Naib Presiden PKR Azmin Ali sudah hampir pasti untuk mengambil alih jawatan timbalan presiden dengan memperoleh majoriti 11,350 undi selepas lapan hari proses pengundian pemilihan pusat setakat semalam.
Kedudukan rasmi Azmin itu diumumkan ketika Datuk Zaid Ibrahim pula mengesahkan beliau akan keluar PKR.
Azmin akan menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.
Pada sidang media di sini petang ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Azmin memperoleh 14,751 undi manakala pesaingnya Mustaffa Kamil Ayub, seorang lagi naib presiden, menerima 3,401 undi daripada 165 cabang yang telah dikira pengundian.
Azmin akan mengambil alih jawatan timbalan presiden menerusi pemilihan pusat yang julung kali dilangsungkan secara langsung.
Awalnya, jawatan timbalan presiden menyaksikan saingan tiga penjuru antara Zaid, Azmin dan Mustaffa.
Bagaimanapun persaingan jawatan itu berubah menjadi pertarungan antara Azmin dan Mustaffa selepas Zaid menarik diri daripada bertanding, Isnin lalu atas alasan kecacatan dan kepincangan dalam proses pemilihan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mengesahkan beliau akan meninggalkan PKR, tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti.
“Benar saya akan keluar parti, tetapi saya belum mengemukakan (notis) keluar daripada parti secara rasmi.
“Saya akan membuat penjelasan (susulan) menerusi kenyataan akhbar Jumaat ini,” kata Zaid yang menyertai PKR pertengahan tahun lalu.
Zaid bertanding mewakili PKR pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu.
Beliau mendahului persaingan dua hari pertama tetapi dipotong oleh Azmin bermula hari ketiga.
Kedudukan Azmin semakin selesa selepas pengundian masuk hari keempat dengan memperoleh undi terbanyak dari Sabah.
Ditanya mengenai kedudukan Zaid, Saifuddin berkata, keputusan bekas menteri kerajaan pusat itu perlu dihormati, tetapi tindakannya tidak akan membawa impak negatif kepada parti.
“Zaid sudah buat keputusan, kita menghormati keputusan tersebut. Ia tidak ada impak negatif kepada parti apabila beliau keluar parti,” kata Saifuddin sambil menambah, “saya doakan yang terbaik kepada beliau”.
“PKR menyertai politik pada 1999 dan kita dapat sokongan 789,000 pengundi, pada 2004 kita dapat sokongan lebih 440,000 pengundi dan pada pilihan raya 2008 kita dapat 1.5 juta sokongan pengundi.
“Jadi rekod kita dah menunjukkan dengan atau tanpa Zaid, rekod kita dah buktikan,” kata beliau lagi.
Minggu lalu, Azmin meminta Zaid meneliti semula sebarang hasrat untuk menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat atau disingkirkan daripada parti itu.
Katanya cadangan itu diharap tidak akan berlaku kerana mengikut fahamannya, Zaid menyertai PKR dengan semangat untuk bersama-sama dengan pimpinan dan anggota PKR bagi meneruskan agenda reformasi serta melakukan perubahan.
Zaid tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat daripada PKR kerana membuat saranan supaya penasihat parti itu Datuk Anwar Ibrahim supaya berundur.
Mengenai tindakan yang bakal dihadapi Zaid berikutan kenyataannya itu, Azmin berkata perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk menentukan bentuk tindakan kepada mana-mana anggota PKR yang telah melakukan kesalahan berdasarkan perlembagaan dan peraturan parti.
“Jawatankuasa disiplin kena buat cadangan pada biro politik dan majlis pimpinan pusat untuk diputuskan dan setakat hari ini kita belum terima sebarang cadangan daripada jawatankuasa disiplin. Kita akan teliti sebaik sahaja kita terima,” katanya.
Pada 8 November lalu, Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga melepaskan semua jawatan dalam parti itu dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.
Azmin merupakan antara pemimpin yang berada dalam PKR sejak ia ditubuhkan.
Sebanyak 57 cabang lagi akan mengadakan pemilihan pusat hujung minggu ini sebelum menuju ke arah kongres tahunan bermula 26 hingga 28 November.
Seterusnya >>>

Azmin cecah majoriti lebih 10,000 undi


Sebanyak 28 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan empat negeri dan Wilayah Persekutuan di seluruh negara.

Di Selangor lapan cabang terlibat sementara di negeri-negeri lain seperti berikut: Johor (6), Sarawak (6), Wilayah Persekutuan (6), dan Pulau Pinang (2).

Pengundian yang masuk hari kelapan kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 154 cabang - 140 sehingga semalam dan 14 lagi hari ini -yang diperoleh Malaysiakini, majoriti Azmin kini telah mencecah lima angka kepada 10,244 undi.

Beliau mendapat keseluruhan 13,016 undi manakala pencabar tunggalkan kini Mustaffa Kamil Ayub pula kekal jauh di belakang dengan 2,772 undi.

Pemilihan hari ini dilihat mempengaruhi peluang setiap calon bertanding kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai paling ramai anggota PKR di Malaysia.

Sebagai contoh, di empat cabang sahaja - Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kota Raja - jumlah anggotanya dianggarkan sebanyak lebih 23,000 orang.

Berikut keputusan pemilihan PKR mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

Petaling Jaya Utara Azmin (52), Mustaffa (24)

Kluang Azmin (37), Mustaffa (6)

Tanjong Azmin (57), Mustaffa (8)

Batu Pahat Azmin (27), Mustaffa (7)

Simpang Renggam Azmin (31), Mustaffa (6)

Sri Gading Azmin (7), Mustaffa (9)

Bandar Tun Razak Azmin (138), Mustaffa (19)

Bukit Bintang Azmin (58), Mustaffa (5)

Jelutong Azmin (90), Mustaffa (2)

Lembah Pantai Azmin (155), Mustaffa (55)

Seputeh Azmin (24), Mustaffa (7)

Kota Raja Azmin (582), Mustaffa (38)

Subang Azmin (357), Mustaffa (33)

Kapar Azmin (216), Mustaffa (60)
Seterusnya >>>

Pemilihan PKR: Azmin 8,706, Mustaffa 2,176

Sebanyak 41 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan sembilan negeri di seluruh negara.

Di Pulau Pinang lima cabang terlibat, Terengganu (8), Perak (7), Wilayah Persekutuan (6), Sabah (5), Johor (4), Sarawak (3), Melaka (2) dan Selangor (1).

Pengundian yang masuk hari kedua dalam minggu ketiga, kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 124 cabang - 99 semalam dan 25 yang diperoleh setakat ini - Azmin Ali kekal di depan dengan majoriti 6,530 undi.

Beliau mendapat keseluruhan 8,706 undi manakala Mustaffa pula dengan 2,176 undi.

Keputusan rasmi dijadual diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution setiap pagi Isnin.

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:
Wangsa Maju Azmin (27), Mustaffa (16)
(44 daripada 1,368 anggota keluar mengundi)

Jasin Azmin (92), Mustaffa (9)
(102 daripada kira-kira 1,100 anggota keluar mengundi)

Kota Melaka Azmin (28), Mustaffa (25)

Kepong Azmin (17), Mustaffa (4)
(21 daripada 500 anggota keluar mengundi)

Titiwangsa Azmin (24), Mustaffa (8)
(32 daripada kira-kira 1,200 anggota keluar mengundi)

Bayan Baru Azmin (72), Mustaffa (31)

Balik Pulau Azmin (139), Mustaffa (3)

Bukit Bendera Azmin (50), Mustaffa (1)

Nibong Tebal Azmin (19), Mustaffa (62)

Setiawangsa Azmin (14), Mustaffa (32)

Muar Azmin (19), Mustaffa (3)
(22 daripada 619 anggota keluar mengundi)

Pasir Salak Azmin (60), Mustaffa (110)
(170 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

Bagan Datok Azmin (79), Mustaffa (66)
(151 daripada kira-kira 1,600 anggota keluar mengundi)

Teluk Intan Azmin (33), Mustaffa (46)

Batu Azmin (46), Mustaffa (57)
(106 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

Setiu Azmin (18), Mustaffa (1)

Kuala Nerus Azmin (44), Mustaffa (6)

Hulu Terengganu Azmin (32), Mustaffa (10)

Kuala Terengganu Azmin (16), Mustaffa (1)

Marang Azmin (9), Mustaffa (6)

Dungun Azmin (49), Mustaffa (3)

Besut Azmin (12), Mustaffa (36)

Kemaman Azmin (62), Mustaffa (9)
(71 daripada lebih 800 anggota keluar mengundi)

Segambut Azmin (39), Mustaffa (6)
(45 daripada kira-kira 800 anggota keluar meengundi)

Tanjong Malim Azmin (57), Mustaffa (183)
(243 daripada 2,816 anggota keluar mengundi)
Seterusnya >>>

Pemilihan PKR: Peratusan, kedudukan tak berubah

Sebanyak 12 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan lapan cabang di Kedah dan empat lagi di Kelantan.

Cabang-cabang terlibat adalah Jerai, Merbok, Sungai Petani, Baling, Sik, Jerlun, Padang Terap dan Pendang, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Pengundian yang masuk minggu ketiga hari ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 99 cabang yang mengadakan pemilihannya setakat ini - 87 minggu lalu dan 12 hari ini - Azmin terus di depan dengan majoriti 6,207 undi.

Beliau mendapat keseluruhan 7,649 undi manakala pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub pula memperoleh 1,442 undi.

Jumlah keseluruhan undi yang diperolehi oleh Azmin daripada 12 cabang pada hari ini sahaja sebanyak 1,182 undi.

Manakala Mustaffa pula hari ini memperolehi 227 undi.


Berdasarkan keputusan ini, walaupun selepas kritikan demi kritikan, jumlah yang keluar mengundi dalam pemilihan PKR nampaknya terus rendah.

Bagaimanapun, faktor banjir besar di Kedah dan Kelantan yang masih dirasai di kedua-dua negeri itu perlu diambil kira.

Sementara itu, Mustaffa Kamil pula dilihat masih gagal mendapat manfaat daripada pengunduran Zaid.

Jika trend pengundian hari ini berterusan, bermakna pengunduran Zaid tidak akan memberikan sebarang kesan kepada pengaruh Azmin dalam pemilihan langsung yang pertama kali diperkenalkan dalam PKR itu.

Keputusan rasmi pada pemilihan setiap minggu biasanya disahkan pada hari Isnin berikutnya oleh setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

Gua Musang Azmin (96), Mustaffa (7)
(103 daripada kira-kira 2100 ahli keluar mengundi)

Machang Azmin (43), Mustaffa (47)
(91 daripada 1,512 ahli keluar mengundi)

Kuala Krai Azmin (134), Mustaffa (27)
(161 daripada 1,368 ahli keluar mengundi)

Jerai Azmin (84), Mustaffa (6)
(82 daripada lebih 800 ahli keluar mengundi)

Sik Azmin (108), Mustaffa (7)

Baling Azmin (82), Mustaffa (14)

Jeli Azmin (49), Mustaffa (20)

Padang Terap Azmin (37), Mustaffa (4)

Sungai Petani Azmin (169), Mustaffa (22)
(202 daripada 3,222 ahli keluar mengundi)

Jerlun Azmin (24), Mustaffa (6)
(30 daripada 303 ahli keluar mengundi)

Pendang Azmin (100), Mustaffa (0)
(100 daripada 535 ahli keluar mengundi)

Merbok Azmin (256), Mustaffa (67)
Seterusnya >>>

Pemilihan PKR: Tanggang, Luncai atau Pak Kaduk...

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR - yang kini tinggal dua penjuru akibat pengunduran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon timbalan presiden - dilihat akan lebih menarik dan panas.

Ini kerana, pelbagai persoalan berhubung impak pengunduran calon heavyweight itu masih mendebarkan dan penuh tanya tanya.

Tambahan lagi apabila penyelaras Pakatan Rakyat itu memulakan siri jelajah di seluruh negara, antaranya bagi menjelaskan 'kepincangan' Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) dan menjaja penubuhan 'Keadilan Baru'.
Ketika pemilihan PKR masih dihurung pelbagai kontroversi dan 'dihantui' peratusan keluar mengundi yang rendah, pengundian di 81 lagi cabang – 12 pada Jumaat, 41 pada Sabtu dan 28 pada Ahad – akan berlangsung seperti biasa mulai hari ini.

Pada minggu pertama pemilihannya PKR dua minggu lalu, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua hanya meningkat sedikit kepada 12 peratus.

Justeru, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat tiada pilihan kecuali menggiatkan jumlah keluar mengundi bagi mengelakkan tanggapan proses '1 undi 1 anggota' itu disambut dingin kira-kira 400,000 ahlinya di seluruh negara.

Dan sasaran itu dilihat melalui jalan penuh berliku ketika calon popular setakat ini Azmin Ali sudah selesa dengan majoriti sebanyak 2,479 undi meninggalkan pencabarnya yang masih kekal Mustaffa Kamil Ayub.

Kekosongan terlalu besar buat Mustaffa

Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa Kamil Ayub meraih 1,215 undi.

Dengan pengunduran Zaid, majoriti Azmin kini bertukar kepada 5,252 undi - suatu angka yang sukar dihambat Mustaffa Kamil.


Bagaimanapun, permainan ini dijangka lebih menarik sekiranya Mustaffa Kamil– juga orang lama dalam PKR – dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zaid sebagai bekas menteri Umno yang disambut masuk dalam PKR penuh bergaya setahun lalu.

Persoalannya, adakan ruang kosong itu terlalu besar untuk diisi oleh Mustaffa Kamil? Tetapi bekas aktivis beliau dan NGO Islam itu juga bukan calang-calang calon.

Selain gaya dan retorik mirip Anwar, Mustaffa Kamil pernah membuktikan kekuatannya apabila menang bertanding jawatan naib presiden tiga tahun lalu walaupun daripada segi pencalon, beliau ketika itu di kedudukan keenam.

Namun, sekiranya anggota akar umbi PKR mulai bosan, semua percaturan itu akan menjadi tidak bermakna apabila pemilihan itu tinggal 'syok sendiri' dan tidak dipedulikan.

Daripada segi yang lain, Azmin pula - yang masih dibelenggu dengan persepsi 'yesman' kerana hubungannya yang rapat dan lama dengan Anwar - pula tiada pilihan kecuali mengutip majoriti sebanyak mungkin bagi membuktikan mandat anggota PKR bersamanya.

Zaid pergi lebih jauh?

Walaupun terdapat cakap-cakap bahawa Mustaffa Kamil munggkin mengikuti jejak langkah Zaid, kemungkinan itu dilihat tipis buat masa ini.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan terbaru Mustaffa Kamil semalam yang sekali lagi mengulangi ikrar tidak berbelah baginya pada Anwar dan Wan Azizah selepas hadir di sidang media yang menghentam bosnya sebelum ini.


Dalam kenyataan satu halaman itu, Mustaffa Kamil tampil menafikan terlibat menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Petaling Jaya.

Gambar beliau bersama Zaid itu digunakan secara meluas di pelbagai media arus perdana dan portal berita.

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan Kepimpinan PKR 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah," jelas Mustaffa Kamil.

Setakat ini, selain mengundurkan diri dan melepaskan semua jawatan dalam PKR, masih belum jelas sama ada Zaid boleh bertindak lebih jauh daripada itu.

Menanti 'nuklear besar'

Menurut sumber yang rapat dengannya, kem beliau mendakwa masih mempunyai bukti 'penyelewengan' pemilihan PKR yang masih belum didedahkan. Jenis bukti berkenaan setakat ini masih belum jelas.

Bagaimanapun, jika benar pendedahan baru ini benar-benar besar, ia bakal menjadi 'nuklear besar' bagi menghapuskan keyakinan anggota PKR kepada proses demokrasi itu, seterusnya mengikis kenyakinan mereka pada PKR.


Kemungkinan paling buruk yang betul-betul bakal memburukkan nama JPP parti itu apabila berlakunya penarikan diri beramai-ramai sebagai calon di pelbagai peringkat.

Setakat ini, seorang calon naib presiden Jonson Chong yang juga bekas pengarah komunikasi PKR difahamkan telah menarik diri. Pengumuman rasminya dijangka dibuat beberapa jam lagi.

Walaupun terdapat kemungkinan-kemungkinan di atas, berdasarkan premis terdapat pelbagai kemungkinan dalam politik, pemilihan di 81 lagi cabang mulai esok mungkin berjalan begitu sahaja, seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Bahangnya mungkin beralih kepada perebutan kerusi nombor tiganya pula di mana beberapa 'selebriti' PKR bertanding, antaranya 'puteri reformasi' Nurul Izzah Anwar, Timbalan Ketua Meneri Pulau Pinang Dr Mansur Othman dan Pengarah Strategik Tian Chua.

*print this page Print halaman ini
Seterusnya >>>

Pemuda PKR: Kem Chegubard lulus enam resolusi, gesa tangguh pemilihan

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin akan kekal dalam saingan, sebaliknya pertemuan anjurannya malam tadi meluluskan enam resolusi - antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.
The Malaysian Insider difahamkan resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi.
Keputusan itu diambil ketika tinggal satu hari lagi sebelum hari keenam pengudian pemilihan pusat PKR — di bawah sistem pemilihan secara langsung — dilangsungkan.
Pertemuan itu, dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan”, diadakan di ibu negara ketika Biro Politik PKR pula mengadakan mesyuarat mingguannya dengan kebanyakan calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini difahamkan tidak hadir. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak hadir kerana berada di luar negara.
The Malaysian Insider difahamkan Biro Politik ada membuat beberapa keputusan dan ia dijangka diumumkan hari ini.
“Kami memutuskan enam resolusi, ia akan disampaikan kepada pucuk kepimpinan parti... presiden dan kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam tempoh 24 jam,” kata Badrul Hisham pada sidang media tengah malam tadi.
Pertemuan hampir tiga jam itu yang turut disertai penganalisis politik Prof A Aziz Bari dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, buat seketika, juga memutuskan untuk melantik Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai “orang tengah” untuk membawa resolusi tersebut kepada pucuk kepimpinan.
Kedua-dua Aziz dan Nurul Izzah hadir untuk memberikan input sebelum pertemuan tersebut, yang dipercayai dihadiri sekitar 200 ahli AMK dan penyokong Badrul Hisham dan pasukannya.
“Datuk Fauzi sebagai pemimpin yang disegani dalam parti dan tidak terlibat dalam pemilihan, dilantik sebagai perutusan kami untuk membawa resolusi ini ke perhatian kepimpinan parti, dan mencari penyelesaian demi kelangsungan parti dan memenuhi harapan rakyat,” kata Ketua PKR Rembau ini.
Justeru kata beliau, pihaknya telah memutuskan untuk tidak mendedahkan kandungan resolusi malam ini dan menyerahkan kepada Fauzi, bekas Ahli Parlimen dan bekas timbalan menteri kerajaan pusat untuk mengemukakan kepada parti dalam masa 24 jam.
“Kami sudah lantik Datuk Fauzi sebagai perutusan, jadi tidak adil jika kami yang mengumumkan resolusi ini di sini,” kata beliau lagi.
Ketika ditanya sama ada tindakan menarik diri daripada bersaing jawatan ketua AMK juga salah satu perkara yang diputuskan, Badrul Hisham berkata, “soal bertanding atau tarik diri daripada pertandingan tidak timbul.”
Berhubung soal meminta pemilihan ditangguhkan juga disenaraikan sebagai salah satu resolusi, Badrul berkata, “tidak manis untuk saya memberitahu, kami serahkan kepada Datuk Fauzi membuat keputusan (sama ada mengumumkan ataupun sebaliknya).”
Kata Badrul Hisham, pihaknya sudah memutuskan tindakan-tindakan alternatif sekiranya perkara yang diputuskan tidak mendapat perhatian pucuk kepimpinan.
“Kami ada pelan A, pelan B dan pelan C dan seterusnya,” kata beliau sambil menambah, “ia bukan satu bentuk kata dua.”
“Tujuan perjumpaan ialah untuk fokuskan semua ke landasan perjuangan besar demi menyelamatkan negara di samping mengakui ada masalah dalam pemilihan yang perlukan tindakan segera,” katanya lagi.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider tengah hari semalam, Badrul Hisham berkata beliau akan memutuskan sama ada kekal dalam saingan ataupun menarik diri daripada bertanding - mengambil langkah Datuk Zaid Ibrahim - pada pertemuan malam  tadi di sebalik dakwaan pemilihan parti berhadapan dengan kepincangan dan kecacatan.
Zaid mengumumkan pendirian menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Isnin lalu dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti itu.
Kata Badrul Hisham, oleh kerana beliau membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak secara kolektif semasa hendak bertanding sebelum ini, apa jua keputusan pada pertemuan ini akan diputuskan secara bersama.
Jawatan ketua AMK disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham.
Saingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan masih didahului Shamsul Iskandar dengan 1,455 undi manakala Badrul Hisham mengekori rapat dengan 1,428 undi.
Sebelum ini termasuk semalam, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menafikan pemilihan parti dicemari manipulasi dan penyelewengan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Zaid.
Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan blog bahawa kertas undi pemilihan pusat PKR boleh dibeli.
Isnin lalu, Zaid pula mendakwa beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kerana kecewa apabila aduan-aduan dikemukakan tidak diambil perhatian.
Seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub juga telah menyerahkan memorandum kepada parti kelmarin meminta pemilihan parti harus ditangguhkan sementara segala masalah dan isu yang ditimbulkan diselesaikan.


*print this page Print halaman ini
Seterusnya >>>

Keputusan rasmi: Azmin, Izzah masih mendahului calon lain

zaid ibrahim dan azmin ali
PETALING JAYA: Setelah 87 cabang selesai membuat pemilihan pada ahad lalu, naib presiden PKR Azmin Ali masih mendahului calon lain dalam pertandingan jawatan timbalan presiden dengan mendapat 6,467 undi.
Manakala pesaing terdekatnya Datuk Zaid Ibrahim yang membuat kejutan mengumumkan untuk menarik diri semalam berjaya memperoleh 3,988 undi.
Keputusan rasmi yang diterima daripada laman web rasmi PKR, menyaksikan undi majoriti antara Azmin dan Zaid kini 2,479 undi.
Seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub masih ketinggalan dengan hanya mendapat 1,215 undi.
Bagi jawatan naib presiden pula ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mendahului calon senior lain dengan mengumpul 6,518 undi.
Beliau diekori rapat oleh empat calon lain yang Pengarah Strategik Tian Chua dengan (5,115), Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh (4,509), Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Othman (4,269) dan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan (3,039) undi.
Izzah yang juga anak sulung kepada pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat merupakan calon kegemaran untuk jawatan naib presiden tersebut.
Jawatan majlis pimpinan pusat pula, Pengarah Penerangan Selangor Dr Badrul Amin Bahron mendahului calon lain dengan memperoleh 4,317 undi.
Ini diikuti empat calon yang memperoleh undi tertinggi seperti; Khalid Jaafar (3,478), Adun Bukit Lanjan Elizaberth Wong (3,448) dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian (3,421).
Sementara itu, persaingan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) sengit apabila hanya 31 undi memisahkan calon Shamsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).
Shamsul memperoleh 1,849 manakala Chegubard dengan 1,818 undi.
Khairul Anuar yang menyertai kem Shamsul dan bertanding jawatan timbalan ketua AMK pula mendahului dengan 1,926 manakala Adun Teja Chang Lih Kang pula 1,542 undi.
Ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin masih di depan bagi jawatan ketua wanita dengan 1,999 manakala dua calon lain Suraya Sudin 710 dan Animah Ferrar dengan 529 undi.
Persaingan timbalan ketua wanita, Adun Batu Tiga Rodziah Ismail mendapat 2,431 manakala Asmah Abd Kadir dengan 572 undi.
Dijadualkan 135 cabang lagi akan meneruskan pengundian sebelum Kongres Nasional mengambil tempat pada penghujung November ini.
Kongres akan bermula 26 sehingga 28 November di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Keputusan calon yang menang akan diumumkan di Kongres itu kelak


*print this page Print halaman ini
Seterusnya >>>

Selepas pemilihan 1/3 cabang, Azmin kekal di depan

Selepas satu pertiga daripada lebih 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, calon timbalan presiden Azmin Ali terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 84 cabang (78 setakat semalam dan enam hari ini) yang diperoleh setakat ini, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan majoriti 2,247 undi.
Azmin secara keseluruhan mendapat 5,987 undi, Zaid mendapat 3,740 manakala Mustaffa pula mendapat 1,211 undi.

Bagaimanapun, setakat jam 9 malam, keputusan daripada tiga cabang lagi - Pensiangan, Tuaran dan Tenom - belum diperoleh.

Walaupun tempat-tempat tersebut dikatakan mempunya jumlah pengundi yang ramai, Malaysiakini difahamkan peratusannya keluar mengundi masih rendah, justeru tidak akan mengubah kedudukan sedia ada.

Semalam, Azmin di depan dengan dengan majoriti 1,619 undi. Beliau mendapat keseluruhan 5,027 undi diekori Zaid dengan 3,408 dan Mustaffa pula 1,197 undi.

Ini bermakna, walaupun Sabah dianggap banyak pihak sebagai kubu kuat Zaid, Azmin membuktikan berjaya memperoleh peningkatan majoriti sebanyak 628 undi.

Bagaimanapun, dalam kehangatan pemilihan berdasarkan konsep '1 anggota 1 undi' ini, makin banyak muncul dakwaan salah laku dalam proses pemilihan ini. Kesemuanya dinafikan PKR.

PKR dijadual mengumumkan keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu tengah hari esok.

Berikut keputusan mengikut cabang:

Tawau Azmin (553), Zaid (4), Mustaffa (0)

Sepanggar Azmin (114), Zaid (49), Mustaffa (10)

Sipitang Azmin (83), Zaid (65), Mustaffa (1)

Putatan Azmin (28), Zaid (112), Mustaffa (2)

Beluran Azmin (9), Zaid (37), Mustaffa (0)

Kota Marudu Azmin (173), Zaid (65), Mustaffa (2)
Seterusnya >>>

Dakwaan blogger Haris kertas undi dijual kenyataan liar, kata SU Agung PKR

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan siri dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim bahawa kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”
“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan.
“Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.
Selain itu kata beliau, Jawatankasa Pemilihan Pusat (JPP) juga tidak menerima apa-apa  aduan walaupun sistem pemilihan kali ini membolehkan setiap calon yang bertanding menghantar ejen proses pengundian dan pengiraan undi (PACA) di setiap pusat pengundian.
“Kalau ada anasir jual kertas undi, tentunya PACA paling awal menyerang JPP, bukan seorang blogger liar,” kata beliau lagi.
Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin juga menafikan perkara itu dengan menegaskan, beliau juga ingin tahu butiran lanjut mengenai tuduhan itu.
“Tidak benar... sebenarnya saya pun nak tahu dari mana, berapa banyak kertas undi boleh dibeli, harganya, tetapi kami telus (dalam mengendalikan pemilihan),” kata beliau lagi kepada The Malaysian Insider.
Calon jawatan naib presiden Nurul Izzah Anwar melihat dakwaan itu sebagai sesuatu yang berat.
“Saya memandang berat dakwaan ini dan saya menggesa agar siasatan mendalam dijalankan berhubung perkara ini,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya tulisan Haris semalam.
Pada masa yang sama beliau meminta ahli-ahli parti bertenang dan berkata, parti harus mengambil tindakan tegas dengan menjalankan siasatan rapi.
“Sebaik sahaja siasatan selesai, parti harus mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencuri harta parti, selain kerana telah membenarkan sekuriti dilanggar,” katanya lagi.
Sebanyak 68 cabang telah selesai mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan pada hujung minggu lalu - pusingan awal tiga hari pertama - dengan Azmin kini mendahului  Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub bagi pemilihan timbalan presiden.
Pada sidang media minggu lalu, Saifuddin telah memberi penjelasan berhubung kesilapan pada pengumuman keputusan rasmi yang menunjukkan  Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, pada Isnin lalu mendahului saingan tiga penjuru jawatan nombor dua itu buat seketika.
Dalam blognya kelmarin di bawah tajuk ‘PKR, and its ballot papers, up for sale’  (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti.
Dalam tulisan susulan bertajuk “Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers? (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak.
“Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya,” tulis Haris dalam blognya The People’s Parliament.
Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab.
“Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi,” katanya lagi.
Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi.
Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu.
Malah menurut Haris, lelaki itu bertindak sedemikian dengan harapan sesuatu akan dilakukan untuk membetulkan keadaan itu dan jika tidak, tiada gunanya kekal dalam PKR.
Haris juga berkata, apabila ditanya siapa di belakang kejadian itu, lelaki berkenaan mendakwa Azmin dan sekretariat ibu pejabat dan beberapa anggota JPP di mana pengerusinya Dr Molly Cheah tidak lagi mempunyai kawalan ke atas jawatankuasa berkenaan.
Haris, peguam yang berpejabat di Bentong juga menunjukkan kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki terbabit dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi di luar pada masa sekarang.
Haris juga bertanya sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini.
Malah dalam mesej Twitter semalam, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, “anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti.”
“Mereka punya agenda buruk,” kata beliau yang tidak mempertahankan jawatannya kali ini.
Hari ini masuk hari kelima pemilihan dilangsung dan tinggal lima hari lagi.
Seterusnya >>>

Timbalan presiden PKR: Azmin terus di depan

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Azmin Ali menyapu bersih undi dari Sabah dan satu cabang di Kelantan termasuk 881 undi dari Libaran — keputusan tidak rasm hari keempat semalam — tetapi pemilihan PKR kelihatan masih belum bebas daripada dakwaan manipulasi undi. 
Sebanyak 881 undi yang diperoleh Azmin di Libaran, Naib Presiden PKR semalam, adalah yang tertinggi daripada satu-satu cabang setakat ini oleh mana-mana calon. 
Bagaimanapun proses pengundian semalam turut menjadi pertikaian sesetengah calon khususnya penyokong Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa wujud elemen manipulasi dan penyelewengan, antaranya 'kehilangan' peti undi dan perubahan tempat pengiraan undi melibatkan cabang Libaran dan Sandakan. 
The Malaysian Insider difahamkan pasukan Zaid akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima laporan lengkap daripada cabang-cabang berkenaan. 
Di Libaran, yang proses pengiraan selesai sekitar 2 pagi tadi, Zaid hanya menerima enam undi manakala Mustaffa Kamil Ayub pula lapan undi. 
Libaran menyumbangkan Azmin (gambar) sebanyak 881 undi manakala Sandakan pula memberikan beliau 417 undi, Ranau (153) dan Papar (124) dan Beaufort (223). 
Undi dari cabang-cabang besar di Sabah itu terus meletakkan Azmin di depan dalam pemilihan kali ini. 
Zaid memperoleh undi terbanyak dari cabang Kota Kinabalu (162), Kota Belud (133), Keningau (169) dan Kudat (138). 
Secara keseluruhan, Azmin dipercayai menerima 1,976 undi semalam dan disusuli oleh Zaid pula 879 undi dan Mustaffa pula sekitar 50 undi. 
Keputusan rasmi akan dikeluarkan pagi esok oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media mingguannya. 
Ketika dihubungi The Malaysian Insider awal pagi tadi, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin menafikan wujud elemen manipulasi dan penyelewengan yang didakwa sesetengah pihak. 
Kata beliau, pihaknya belum menerima aduan daripada pihak-pihak terbabit. 
“Pada keseluruhannya, proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar,” kata beliau ketika ditanya dakwaan peti undi 'dilarikan' dan pusat pengiraan undi diubah pada minit-minit terakhir. 
“Tidak ada elemen peti undi dilarikan. Hanya melibatkan perubahan tempat kira undi itupun di Libaran, tetapi perkara ini sudah pun dimaklumkan terlebih awal sebab pusat pengundian hendak digunakan untuk tujuan lain selepas proses pengundian selesai. 
“Peti-peti undi dipindahkan dengan perhatian ejen calon dan pengawas pemilihan, jadi tak timbul peti undi hilang,” kata beliau lagi. 
Sebanyak 10 cabang selesai mengadakan pemilihan semalam termasuk satu di Kelantan iaitu Pasir Mas. 
Di Sabah, Azmin mengumpulkan 1,941 undi berbanding Zaid (826) dan Mustaffa (39). 
Pasir Mas menyumbang Azmin 35 undi manakala Zaid pula menerima 53. 
Keputusan setakat tiga hari pertama menunjukkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Zaid menerima 2,529 undi manakala Mustaffa yang juga Naib Presiden PKR, mengumpulkan 1,149 undi. 
Pengumuman keputusan rasmi tiga hari pertama Isnin lalu juga menimbulkan sedikit kekeliruan dan tanda soal apabila dimaklumkan bahawa kedudukan awal Zaid mendahului dua calon lain adalah satu kesilapan manusia dalam memasukkan data. 
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan. 
“Ia kesilapan manusia,” kata beliau. 
Hari ini cabang-cabang dari Sbaha sahaja mengadakan pemilihan iaitu Tawau, Pensiangan, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tenom. 
Setakat semalam 78 cabang sudah selesai mengakan pengundian. 
Cabang Penampang dan Silam telah menangguhkan pemilihan sehingga 20 November. 
Raden Shamsulkamar berkata pemilihan Silam yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan ekoran masalah logistik untuk mendapatkan lokasi pemilihan. 
“Penampang akan mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan pusat serentak pada 20 November,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin berkata, Sabah telah menyumbangkan undi terbanyak, sekali gus menjarakkan lagi majoritinya. 
“Alhamdulillah. Sabah penyumbang undi popular yang terbesar untuk saya sebagai timbalan presiden. Majoriti melonjak dari 500 kepada 1,667,” kata beliau dalam mesej menerusi Twitter awal pagi ini. 
Mesej susulannya pula berbunyi, “cabang Libaran bersebelahan Batu Sapi memberi majoriti terbesar kepada saya sebagai timbalan presiden.” 
Malah Azmin juga menulis beliau masih berada di Sabah hari ini dan sedang menuju ke Tenom, yang turut menyaksikan pemilihan hari ini. 
“Sedang melalui Banjaran Crocker, Kimanis menuju ke Tenom melalui Keningau. Tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu,” katanya lagi.
Seterusnya >>>

Wujudkah elemen manipulasi dalam kiraan undi?


PETALING JAYA: Pertarungan untuk jawatan timbalan presiden PKR mencipta senario baru apabila para penyokong Dato’ Zaid Ibrahim mendakwa kemungkinan wujud elemen manipulasi dalam pengiraan undi terbaru yang dikeluarkan oleh ibu pejabat PKR semalam.
zaid ibrahim dan azmin aliFirdaus Christopher, pembantu khas Zaid, berkata, untuk semata-mata menyalahkan "kesilapan manusia" atas kesalahan pengiraan undi yang pertama tidak menjamin ketepatannya.
Sebelum keputusan rasmi diumumkan, pihak media tersentak dengan maklumat dari ibu pejabat bahawa Ketua PKR Wilayah Persekutuan Zaid sedang mendahului dengan selesa dalam perlumbaan merebut jawatan nombor dua itu.
Zaid memperoleh 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya Naib Presiden Azmin Ali dengan 3,051 undi dan calon ketiga, yang juga Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub (1,271 undi).
Bagaimanapun, keputusan itu dipinda oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution petang semalam dan sebaliknya mengumumkan Azmin yang sebenarnya mendahului dalam perlumbaan itu dengan Azmin mendapat 3,051 undi berbanding Zaid (2,529) dan Mustaffa (1,149).
Saifuddin menyalahkan faktor "kesilapan manusia" (human error) dan berkata pengiraan semula telah dibuat berikutan protes dari kedua-dua kem.

Aduan rasmi
Firdaus, yang tidak yakin dengan penjelasan itu berkata aduan rasmi akan dibuat di ibu pejabat PKR di sini.
"Kami mahu sekretariat parti atau JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) memastikan kesilapan seperti ini tidak berulang pada minggu-minggu yang akan datang," katanya.
Sementara itu, agen pilihan raya Zaid, Rashid Azad Khan memberitahu FMT bahawa angka-angka itu menunjukkan Zaid sedang mendahului tetapi angka-angka itu berbeza dengan apa yang disediakan oleh ibu pejabat sebelum diubah.
"Saya sedang menyiasat perkara ini dengan ahli-ahli kami di peringkat akar umbi.  Jika kami betul, kami akan buat aduan di ibu pejabat.
Biar kami periksa dulu dan saya akan beritahu esok (hari ini)," katanya.
Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Azmin mempertahankan keputusan rasmi dengan menegaskan ia tidak sepatutnya dipertikaikan dan pembetulan yang dibuat oleh ibu pejabat adalah wajar.
Seterusnya >>>

Azmin pula dahului Zaid, SU Agung PKR dakwa data silap

PETALING JAYA, 1 Nov — Keputusan rasmi kali ketiga dikeluarkan hari ini termasuk penjelasan pada sidang media menunjukkan Naib Presiden Azmin Ali pula mendahului saingan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selepas menyaksikan situasi peratusan keluar mengundi yang rendah sepanjang tiga hari pertama, pemilihan kali pertama menggunakan sistem pemilihan langsung ini berhadapan kesilapan keputusan rasmi awal.
Azmin, Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Datuk Zaid Ibrahim diumumkan hanya menerima 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Naib Presiden PKR, mengumpulkan 1,149 undi.
Mengumumkan perkara itu tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan.
“Ia kesilapan manusia,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga sejak pagi tadi.
Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051.
Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi.
Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 menjadi 1,271.
Seterusnya >>>

Keputusan pemilihan PKR hari ketiga

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan.

Keputusan untuk hari ini - setakat 10.54 malam - Naib Presiden Azmin Ali mendepani dua lagi pencabarnya dengan memperolehi 1,208 undi.

Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim mendapat 979 undi, manakala ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub meraih 332 undi.

Bagaimanapun, keputusan untuk empat lagi cabang - Bera, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Parit - belum diperoleh setakat ini.

Berikut keputusan yang diperolehi untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Rembau: Azmin (7), Zaid (49), Mustaffa (4)

Tangga Batu: Azmin (80), Zaid (85), Mustaffa (22)

Permatang Pauh: Azmin (211), Zaid (58), Mustaffa (11)

Bukit Mertajam: Azmin (100), Zaid (15), Mustaffa (6)

Bagan: Azmin (19), Zaid (6), Mustaffa (4)

Alor Gajah: Azmin (95), Zaid (104), Mustaffa (12)

Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0)

Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1)

Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7)

Bentong: Azmin (99), Zaid (30), Mustaffa (1)

Paya Besar: Azmin (11), Zaid (32), Mustaffa (3)

Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2)

Kepala Batas: Azmin (39), Zaid (55), Mustaffa (2)

Tasek Gelugor: Azmin (8), Zaid (40), Mustaffa (41)

Ipoh Barat: Azmin (9), Zaid (13), Mustaffa (45)

Kampar: Azmin (21), Zaid (16), Mustaffa (22)

Tambun: Azmin (33), Zaid (10), Mustaffa (112)
Seterusnya >>>

Azmin kumpul undi terbanyak semalam, Zaid masih di depan

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Persaingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rancak, walaupun peratusan keluar mengundi masih rendah, dengan ketiga-tiga calon mula merapatkan jurang undi khususnya pada hari kedua semalam. 
Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi persaingan sengit dilihat membabitkan Zaid dan Azmin. Keputusan tidak rasmi diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan Zaid telah mengumpulkan 1,552 undi manakala Azmin pula 1,509 dan Mustaffa 636 — jumlah undi sepanjang dua hari pertama pengundian pemilihan pusat dilangsungkan. 
Ini kali pertama PKR mengadakan sistem pemilihan secara langsung membolehkan kaedah satu ahli satu undi digunakan. 
Pun begitu, Azmin memperoleh undi terbanyak semalam iaitu 1,008 berbanding Zaid 974 manakala Mustaffa 572. Pada hari pertama kelmarin, Zaid menerima 577 undi, Azmin 374 dan Mustaffa 61. 
Bagi kerusi naib presiden, empat calon yang memperoleh undi terbanyak pada hari pertama masih berada di depan dalam saingan membabitkan seramai 17 calon. Mereka ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi PKR Tian Chua dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman. 
“Keempat-empat calon ini dilihat masih di depan, tetapi saya tiada jumlah undi yang tepat,” kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider. Sumber memberitahu, bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), daripada 30 cabang yang dikumpulkan keputusan pengundian setakat awal pagi ini, Badrul Hisham Shaharin memperoleh 459 undi manakala penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin 328 undi. 
Setakat semalam 41 cabang telah mengadakan pengundian manakala 27 cabang lagi hari ini. Tiga cabang di Melaka iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah dan Tangga Batu, dua di Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin) dan enam di Pulau Pinang iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam. Pulau Pinang dan Melaka memulakan tirai pengundian hari ini. 
Sejumlah lapan cabang di Perak iaitu Tambun, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar terlibat dalam pengundian hari ini. 
Sembilan cabang di Perak telah menyelesaikan pengundian mereka semalam. Pahang juga menyambung pengundian hari ini dengan cabang yang terbabit ialah Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.
Seterusnya >>>

Pengundian pemilihan langsung PKR bermula

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pemilihan menggunakan sistem langsung, yang julung kali dilaksanakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), memasuki peringkat akhir hari ini dengan sebahagian daripada lebih 400,000 ahlinya akan keluar mengundi memilih pucuk kepimpinan pusat.
Proses pengundian akan membabitkan 69 cabang hujung minggu ini, dijadual bermula pagi ini di sebalik negara khususnya PKR memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak — Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah.
Di Galas, rakan PKR, PAS menurunkan calonnya manakala PKR sendiri berhadapan dengan saingan tiga penjuru di Batu Sapi.
Pada hari pertama hari ini sahaja 10 cabang dijadual membuang undi iaitu masing-masing lima di Kelantan dan Kedah.
Cabang-cabang itu ialah Tumpat, Kota Baru, Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa, Langkawi, Kubang Pasu, Alor Setar, Kuala Kedah dan Pokok Sena.
Kesemua cabang itu merupakan bahagian pertama mengadakan pemilihan peringkat cabang pertengahan bulan lalu tanpa sebarang masalah besar.
Pemilihan akan berlangsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad selama tiga minggu.
Ahli-ahli PKR di cabang-cabang itu akan mengundi mulai 10 pagi hingga 4 petang dan proses pengiraan akan dibuat selepas itu di setiap cabang terbabit, tetapi keputusan rasmi hanya akan diumumkan ketika kongres parti akhir bulan depan.
Proses pengundian diteruskan meskipun ada pihak yang meminta ditangguhkan sementara pilihan raya kecil berakhir dan beberapa masalah yang dibangkitkan oleh pihak dalaman parti diselesaikan.
Dalam kenyataan media sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bermula hari ini dan berterusan sehingga 21 November, selama 10 hari secara berperingkat-peringkat pada hujung minggu, bagi semua cabang di seluruh negara.
“Saya ingin menyeru semua 400,000 anggota PKR yang layak mengundi dalam pemilihan 2010 untuk turun beramai-ramai memenuhi hak mereka memilih pemimpin parti.
“Semangat meraikan demokrasi menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia yang dilihat sewaktu Pemilihan peringkat Cabang kini diteruskan di peringkat nasional,” kata beliau.
Kata Saifuddin, pada masa parti-parti Barisan Nasional masih lagi terbelenggu dengan budaya politik kolot dan ketinggalan zaman, PKR sekali lagi mencipta pembaharuan dengan membudayakan semangat politik baru.
Ekoran pilihan raya kecil Batu Sapi, PKR telah memutuskan untuk menangguhkan proses pengundian pemilihan pusat membabitkan 21 cabang Sabah pada 30 dan 31 Oktober selama minggu.
Proses pengundian hujung minggu depan dibawa kepada 6 dan 7 November.
Sebelum ini sekretariat pemilihan telah menggantung sembilan cabang yang bermasalah ketika pemilihan peringkat bahagian termasuk disebabkan pergaduhan.
Pengarah Komunukasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya telah mengambil segala langkah bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar berbanding “sedikit masalah” ketika pemilihan cabang sebelum ini.
“Kita sudah mengambil langkah memastikan logistik mencukupi di tempat mengundi, bilangan kakitangan juga mencukupi... saya yakin proses kali ini akan berjalan dengan lancar.
“Lagipun yang bermasalah di peringkat cabang sebelum ini cuma sekitar enam peratus, 94 peratus menyaksikan tiada masalah, jadi saya yakin tidak harus ada masalah,” kata beliau ketika dihubungi di Batu Sapi malam tadi.
“Saya berharap proses pengundian yang lebih baik di peringkat ini,” katanya lagi.
Mengenai peratusan keluar mengundi, Nik Nazmi berkata, pihaknya menjangkakan antara 10 hingga 20 peratus akan keluar mengundi di peringkat pusat.
“Saya menjangkakan sekitar peratusan ini berdasarkan apa yang disaksikan ketika peringkat bahagian sebelum ini... kalau kita mencapai tahap itu, saya rasa cukup bagus,” katanya.
Malah beliau yakin akan mencapai peratusan itu memandangkan setiap calon akan berusaha untuk menggerakkan seramai mungkin ahli untuk mendapatkan sokongan.
Di bawah sistem pengundian langsung ini setiap ahli PKR layak untuk mengundi memilih pucuk kepimpinan pusat iaitu presiden, timbalan presiden, naib presiden, anggota MPP dan kepimpinan Angkatan Muda Keadilan dan sayap Wanita.
Kesemua mereka yang dicalonkan telah mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing sebelum 16 Oktober lalu.
Sekitar 50 peratus keanggotaan PKR, parti politik pelbagai kaum, terdiri daripadi orang Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus lain-lain.
Seterusnya >>>

Pemilihan langsung menyuburkan demokrasi penyertaan

PKR mengorak satu langkah bersejarah dalam politik tanahair apabila melaksanakan pemilihan langsung dalam partinya, memberi hak "satu orang satu undi" kepada 400,000 anggotanya untuk menentukan pucuk pimpinan parti.  Namun demikian, proses demokrasi ini tercalar, apabila menyaksikan perbalahan dan pergaduhan di sesetengah cabang parti sepanjang pemilihan.
Kecelaruan yang timbul ini menambat langkah sesetengah pendukung demokrasi, yang khuatir bahawa kelemahan parti akan terdedah di depan khalayak ramai.  Namun demikian, forum semalam menyetujui bahawa sistem pemilihan langsung adalah sistem yang lebih baik daripada sistem yang sedia ada, meskipun bukan sistem yang terbaik.
Malah, ia tidak harus dimatikan semata-mata kerana kekecohan yang timbul, sebagaimana yang kita saksikan pada hari ini dalam PKR sendiri, sebaliknya perlu diperbaiki dan diteladani parti politik yang lain selepas ini.
Demikianlah beberapa pandangan yang dikongsi bersama, dalam satu forum berjudul "Demokrasi hanya wujud dalam parti apabila adanya pemilihan langsung?", anjuran Oriental Daily bersama Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Antara panelis yang hadir termasuklah Pengarah Strategi PKR Tian Chua, bekas Presiden MCA merangkap ahli parlimen Pandan, Ong Tee Keat dan Editor Malaysiakini (edisi bahasa Cina), Yong Kai Ping, di samping Ding Lee Leong sebagai moderatornya.  Forum ini menarik kira-kira 120 orang hadirin.

Perebutan kuasa kepada pergelutan idelogi
Tian Chua cuba mengulas bagaimana sistem pemilihan langsung ini mengubah bentuk politik yang sedia ada, termasuk bagaimana anggota parti perlu terlibat dalam pemilihan, sesuatu yang berbeza daripada zaman dahulu - di mana kebanyakannya terus menjadi anggota yang tidak aktif selepas mendaftarkan diri sebagai anggota parti.
Apabila kuasa menentukan pucuk pimpinan parti diambil-alih oleh anggota biasa dari tangan perwakilan, maka ia akan cenderung untuk mengubah pergelutan parti dari perebutan kuasa antara sekta, kepada pergelutan ideologi, kata Tian Chua.  Dalam model politik yang lama, pemimpin politik di peringkat pusat cuba menguasai perwakilan kerana perwakilanlah yang menentukan jatuh-naiknya.  Namun, apabila perwakilan tidak lagi mempunyai kuasa untuk menentukan pucuk pimpinan tertinggi, maka apa yang berlaku dalam kongres parti hanyalah "perbahasan dasar".
Justeru itu, pemimpin perlu meyakinkan perwakilan dengan dasar mana yang lebih baik untuk disokong; pada masa yang sama, perwakilan perlu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan politik dirinya untuk melibatkan diri dalam proses ini.  "Bukan kami sengaja nak rekacipta segala-gala ini, tetapi dari sudut jangka panjang, ia akan menjurus ke arah ini," jelas Tian Chua (gambar atas, kiri).
"Ini kerana Kongres Tahunan parti bukan lagi untuk memilih pucuk pimpinan pusat, tetapi perwakilan hanya mengundi untuk menentukan dasar parti.  Dalam persaingan pada masa depan, kita akan menyaksikan perdebatan dan pergelutan ideologi, idealisme politik yang berbeza," ramalan optimis Tian Chua.
Sementara itu, beliau menyedari beberapa kekhuatiran yang timbul, bahawa partinya kelihatan belum bersedia untuk mengamalkan sistem pemilihan langsung.  Dengan nada menyindir, Tian Chua berkata, "Kalau nak tunggu sehingga kualiti anggota parti meningkat, barulah proses demokrasi diamalkan... Nampaknya teori ini tidak asing untuk kita.  Banyak diktator juga menggunakan alasan ini (untuk tidak mengamalkan demokrasi)..." 
Beliau seterusnya menjelaskan mengapa partinya melaksanakan sistem pemilihan langsung pada saat-saat ini.  Tian Chua berterus-terang bahawa parti politik akan melakukan sesuatu yang idealis ketika menjadi pembangkang.  Beliau menjangkakan langkah pelaksanaan sistem pemilihan langsung mungkin lebih berat, seandainya PKR menawan Putrajaya pada PRU ke-13, kerana masing-masing akan mempertahankan sistem yang sedia ada dan yang paling memudahkan diri untuk berkuasa.

Prosesnya penting
Yong Kai Ping pula menekankan proses pemilihan, meskipun beliau menyedari ramai yang jemu dan bosan dengan pemilihan yang berlanjutan untuk jangka yang panjang.  Beliau mengambil contoh bagaimana pemilihan di Amerika Syarikat, misalnya antara Barack Obama dengan Hillary Clinton yang mengambil masa kira-kira setahun, menjelajah dari negeri ke negeri.
"Pemilihan langsung bukan satu-satunya pilihan, tetapi untuk saya, ia adalah pilihan yang lebih baik daripada semua sistem pemilihan parti yang sedia ada," kata Yong, sambil menjelaskan bahawa kayu ukur untuk "baik" di sini adalah proses pemilihan.
Beliau mengkritik kelemahan pemilihan PKR kali ini, di mana parti ini tidak menyediakan mekanisme, misalnya untuk mewajibkan agar calonnya perlu mengetengahkan manifesto, berbahas dan sebagainya.  Beliau menambah, proses pemilihan yang baik bukan sahaja berakhir dengan terpilihnya calon yang unggul, tetapi juga memberi ruang agar pemimpin dan anggota parti membangun bersama sepanjang pemilihan.
Yong membandingkan dengan pemilihan di Amerika Syarikat, di mana Barack Obama perlu menerima perbahasan, dipersoalkan, dipantau oleh massa dari pusingan ke pusingan, sehingga akhirnya beliau terserlah dengan bakatnya, sama ada untuk berbahas mahupun berfikir.
Berbalik kepada pemilihan PKR, Yong (gambar kanan) mengkritik budayanya begitu mengecewakan.  Azmin Ali tampil dengan sokongan yang dikerah dari kalangan wakil rakyat dalam partinya, dan sudah cukup untuk dilihat begitu "menggerunkan".  Namun, kita tidak berpeluang untuk menyaksikan perdebatan antara kedua-dua calon Timbalan Presiden ini, yang mungkin satu hari bakal menyandang jawatan penting dalam kerajaan.
Bagaimanapun, Yong Kai Ping berkata, pemilihan parti bukanlah pertandingan perbahasan untuk memilih mereka yang paling lincah pertuturannya, atau "bintang" yang paling hebat latar belakang akademiknya, sebaliknya memilih seseorang pemimpin yang boleh membuat pertimbangan, melakarkan halatuju dan mampu bertanggungjawab.
"Mengapa ramai orang mengkaji pemilihan Presiden AS?  Ini kerana Presiden AS yang terpilih perlu menekan butang senjata nuklear, menentukan nasib umat manusia sejagat.  Kamu perlu memiliki daya pertimbangan untuk menentukan, sama ada benar pengganas menyerang?  Kamu perlu mendengar pendapat yang berbeza, menganalisa, mencari manakah informasi yang benar dan palsu," kata Yong Kai Ping.

Berdepan dengan tentangan perwakilan
Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA yang memasukkan "pemilihan langsung" dalam manifesto beliau ketika bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2008, mengingatkan hadirin bahawa cadangan ini telah diketengahkannya pada tahun 2005, semasa beliau bertanding untuk jawatan Naib Presiden MCA.
Ong Tee Keat (gambar kiri) meraih lebih sokongan masyarakat umum daripada dalam parti dirinya, terkenal sebagai "Lone Ranger" sepanjang ini.  Cadangan "pemilihan langsung" yang diketengahkannya lantas ditafsir sebagai langkah untuk memberi laluan kepada dirinya.  Beliau bagaimanapun menafikan tafsiran sedemikian, dengan mengatakan bahawa pelaksanaannya mengambil masa, lebih-lebih lagi cadangan ini semestinya berdepan dengan tentangan perwakilan kerana kuasa yang dinikmati mereka selama ini telah dirampas.
Akhirnya beliau kecundang dalam pemilihan semula pada 28 Mac tahun ini, sebelum pemilihan langsung sempat dilaksanakan dalam MCA.  Walaupun berada di dalam parti yang berbeza, namun Ong Tee Keat menyanggah kenyataan bahawa pemilihan langsung harus dihentikan, semata-mata kerana kekecohan yang disaksikan sepanjang pemilihan PKR.
Beliau mengibaratkan sistem ini sebagai "pengawet" (untuk mencegah pereputan) yang harus disuntik ke dalam sesebuah parti, demi politik demokrasi masa depan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Seterusnya >>>

Hari penerimaan pencalonan PKR berjalan meriah

zPETALING JAYA: Suasana hari penerimaan borang calon-calon bertanding dalam Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, Tropicana semalam berjalan dengan suasana yang meriah dan lancar.
Tinjauan FMT mendapati tidak kurang seribu penyokong-penyokong calon-calon bertanding telah hadir untuk memberikan sokongan kepada calon-calon pilihan mereka pada sepanjang hari.

Selain daripada suara sorakan penyokong-penyokong bertanding, majlis ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku.
Dalam ucapan para calon bertanding, rata-rata mahukan pertandingan dijalankan dalam suasana kekeluargaan, secara sihat dan tidak menyerang lawan masing-masing baik secara peribadi mahupun sebaliknya.

Kempen yang sihat
"Ia perlu untuk menjayakan harapan kita yang terpendam… Dengan itu saya minta ahli dan penyokong tumpu dalam pemilihan dengan kempen yang sihat," kata Dato Zaid ketika memberikan ucapan beliau.
"Jangan mereka-reka cerita, jangan laga-lagakan sesama kita, kita mahu kesatuan yang kukuh. Itu sahaja yang boleh ganyang Barisan Nasional," katanya.
Selain itu, menurutnya lagi ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.
Beliau juga menegaskan PKR bukanlah parti untuk mana-mana individu tetapi adalah hak milik semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.
Sementara itu, Chegu Bard yang bertanding bagi jawatan Ketua AMK turut menyatakan kepentingan ahli-ahli parti untuk bersatu walaupun dalam suasana pemilihan ini kerana perjuangan lebih besar ialah membawa PKR ke Putrajaya.
Setiap calon yang bertanding diberikan masa selama tiga minit untuk memberikan ucapan kepada orang ramai yang hadir di sini.
Calon-calon lain ketika memberikan ucapan turut melontarkan pandangan yang senada, mahukan pertandingan ini dijalankan dengan telus dan bersih.
Sementara itu, presiden parti, Dato Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa bertanding tiba di sini dengan diiringi Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim kira-kira jam 4.00 petang.
Selain daripada Zaid yang telah menyerahkan borang penerimaan pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden, calon lain jawatan sama turut berbuat demikian ialah Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Khalid Ibrahim tidak kelihatan
Seorang lagi yang layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak kelihatan.  Menurut sumber daripada dalaman PKR, beliau tidak bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden seperti mana yang diberitahu sebelum ini.
Bagi jawatan Naib Presiden pula antara calon yang telah menyerahkan borang ialah Jonson Chong, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh, Gobalakrishnan, S. Manickavasagam dan Mansor Osman.
Seramai 16 orang calon layak bertanding bagi jawatan ini. Badrul Hisham Shaharin dan Shamsul Iskandar Mohd Akin pula telah menyerahkan borang penerimaan pencalonan bagi jawatan ketua AMK kira-kira jam 3.30 petang.
Penerimaan Pencalonan PKR dibuka kepada calon-calon yang layak bertanding bagi Pemilihan PKR 2010 pada jam 10.00 pagi dan ditutup penerimaannya pada jam 6.00 petang.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Pemilihan PKR tidak ditangguh walaupun ada pilihan raya kecil

PETALING JAYA, 16 Okt – Pemilihan PKR peringkat pusat yang akan berlangsung secara berperingkat-peringkat mulai 29 Oktober ini tetap diteruskan walaupun ia berlangsung di sebalik pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon sementara 4 November pula hari membuang undi bagi kedua-dua pilihan raya kecil tersebut.
“Kita akan tetap teruskan pemilihan peringkat pusat ini walaupun ketika itu ada kempen pilihan raya kecil.
“Tiada penangguhan bagi pemilihan ini. Kita ada jentera yang akan menguruskan hal kempen dan ada yang menguruskan pemilihan parti,” kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman pada sidang media di sini petang ini.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah usus pada 27 September lalu.
Sementara kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu.
Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Azizah kekal presiden, tiga tanding jawatan timbalan presiden

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran tetapi kerusi timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi juga kelihatan panas dengan anak sulung Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding walaupun turut dicalonkan bagi jawatan timbalan presiden.
Walaupun tiga orang dicalonkan bagi jawatan presiden, hanya Dr Wan Azizah menerima pencalonan bagi mengekalkan kepimpinannya yang bermula 11 tahun lalu.
Dua yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.
Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden. Dua lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang awalnya menyatakan hasrat bertanding timbalan presiden tidak mengemukakan borang penerimaan pencalonan hari ini.
Hari ini turut menyaksikan perubahan mengejutkan bagi jawatan naib presiden dan ketua Angkatan Muda Keadilan.
Dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid mencuba nasib merebut jawatan timbalan presiden yang akan kosong ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu mempertahankan kedudukan beliau.
Bagi jawatan timbalan presiden, Azmin dilihat sebagai ‘favourite’ dengan memperoleh lebih 100 pencalonan manakala Zaid dan  Mustaffa Kamil masing-masing 38 dan 17 pencalonan.
Zaid, bekas menteri pusat, menyertai PKR tahun lalu.
Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak sebenarnya bercadang bertanding jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu tetapi menarik balik hasratnya saat-saat akhir.
Sesi penerimaan pencalonan ditutup pukul 6 petang tadi. Ia berlangsung sejak 10 pagi seolah-olah ‘pilihan raya mini’ di pekarangan ibu pejabat PKR di sini dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu.
Bersama Nurul Izzah seramai 18 calon lain mencuba nasib di peringkat naib presiden.
Saingan jawatan naib presiden juga dilihat terbuka selepas dua penyandangnya Azmin dan Mustaffa Kamil tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Begitu juga seorang lagi naib presiden Dr Lee Boon Chye.
Hanya R Sivarasa, iaitu naib presiden dilantik bertanding kerusi ini tahun ini.
Di Kota Kinabalu, pemimpin PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak daripada bertanding jawatan naib presiden.
“Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda,” katanya.
Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu.
Saingan kerusi naib presiden juga menyaksikan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berada di depan dengan 145 pencalonan. Calon lain termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Osman dan Pengarah Strategik PKR Chua Tian Chang.
Lain-lain ialah Abdullah Sani Hamid, N. Gobalakrishnan, Yusmadi Yusof, Baru Bian, Dr Xavier Jayakumar,  Jonson Chong, S. Manickavasagam dan Dominique Ng.
Selain mereka, James Ghani, Jimmy Donald Suresh Kumar Ramachandran dan Salman Marzuki.
Seramai 135 calon mengesahkan merebut 25 kerusi Majlis Pimpinan Pusat.
Kali semua jawatan pusat yang dipertandingkan menyaksikan persaingan.
Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan menyaksikan pertarugan satu lawan satu antara penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin.
Sementara itu jawatan Ketua Wania pula menyaksikan saingan tiga penjuru.
Penyandangnya Zuraida Kamaruddin dicabar oleh Animah Ferrar dan Suraya Sudin.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman berkata seramai 293 calon telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing hari ini.
“Daripada tarikh itu seramai 158 calon daripada 282 yang layak telah menghantar untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Bagi presiden kita terima satu pencalonan, timbalan presiden tiga pencalonan, naib presiden 19 pencalonan dan ahli MPP seramai 135 pencalonan.
“Bagi Angkatan Muda Keadilan pula kita terima dua pencalonan untuk ketua AMK, dua pencalonan untuk timbalan ketua AMK, 11 pencalonan bagi naib ketua AMK dan 61 pencalonan untuk ahli Majlis Tertinggi AMK.
“Sementara itu bagi Wanita PKR, kita terima tiga pencalonan untuk ketua wanita, dua pencalonan untuk timbalan ketua wanita, sembilan pencalonan bagi naib ketua wanita dan 45 pencalonan bagi ahli Majlis Tertinggi Wanita,” katanya pada pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini lewat petang ini.
Beliau berkata, senarai sementara pencalonan akan dikeluarkan esok petang menerusi laman web PKR.
“Esok pukul 6 petang kita akan naikkan senarai sementara pencalonan di laman web. Malam ini kita akan proses semua pencalonan tersebut.
“Bermula Isnin hingga Rabu kita ada proses bantahan dan mana-mana yang tidak berpuas hati boleh kemukakan bantahan.
“Selepas proses bantahan kita akan proses semua pencalonan dan akan keluarkan senarai rasmi pada 24 Oktober ini,” katanya.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Pertandingan kerusi naib presiden juga 'panas'

Pertandingan merebut empat jawatan naib presiden PKR dijangka sengit dengan hampir 30 orang telah dicalonkan.

Pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh dan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar menjadi antara yang terawal mengumumkan hasrat untuk bertanding naib presiden.

Selain kedua-dua mereka pemimpin lain yang juga berminat adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang Yahya Shaari.

Fuziah, ketika menyampaikan ucapannya, beliau berkata beliau menerima pencalonan dari cabang dengan penuh rasa rendah diri dan berjanji akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

"Saya tahu tuan-tuan tidak minta apa-apa daripada saya. Tapi tuan-tuan dan puan-puan mahu saya mencari suara dan jadi obor kepada perjuangan kita," katanya.

Fuziah juga turut mengucapkan terima kasih kepada cabang cabang yang mencalonkannya.

Katanya, beliau menerima lebih daripada 100 cabang.

Yahya Shari pula berkata beliau akan menggarap dan menggabungkan segala pengalamannya selama ini bermula zaman reformasi untuk menguatkan parti sehingga matlamat mereka berpindah ke Putrajaya.

Manakala Mansor berkata beliau,berhasrat untuk memperkasakan parti dan rakyat dan optimis akan memenangi jawatan tersebut.

Beliau memeprolehi 53 pencalonan dari seluruh cabang di seluruh negara.
Bekas naib presiden - Tian Chua dan bekas pengarah komunikasi PKR - Jonson Chong juga mengesahkan akan bertanding.
Naib presiden, R Sivarasa juga menerima pencalonan bagi mempertahankan jawatannya.

Sebelum ini, seorang penyandangnya Dr Lee Boon Chye memilih tidak mempertahankan jawatan naib presidennya itu meskipun selesa dengan lebih 40 pencalonan.

Dr Lee yang juga ahli parlimen Gopeng berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memfokuskan tugasnya sebagai wakil rakyat dan ketua cabang di situ.
Di Kota Kinabalu, seorang lagi naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mengumumkan menolak pencalonan bagi mempertahankan jawatan itu menjelang pemilihan parti, bulan depan.

Sambil merakamkan penghargaan kepada 40 pencalonan yang diterimanya, beliau menyifatkan jawatan itu tidak membawa banyak makna "kerana tiada orang mendengar pandangan kita."
Berikut senarai yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan (sehingga jam 1 petang) 
Naib presiden (4 jawatan)

Mansor Othman
Dr Xavier Jayakumar
Tian Chua
Fuziah Salleh
Jonson Chong
R Sivarasa
Abdullah Sani Abdul Hamid
N Gobalakrishnan
S Manikasavagam
Mohd Yahya Shari
Ansari Abdullah


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>