Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Selesaikan Isu Sekolah Miskin Dalam Satu Tahun


KUALA LUMPUR 20 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan permasalahan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai infrastruktur asas akan diselesaikan dalam masa satu tahun.
Merujuk soalan tambahan kepada soalan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan di Parlimen pagi tadi, Anwar berkata tiada gunanya menjadi jaguh mempertahankan isu kaum Melayu dan Bumiputera jika perkara inipun tidak dapat diselesaikan.
 "Daripada penjelasan umum yang diterima, bolehkah menyatakan satu sasaran yang jelas? Maksimum satu tahun untuk kerajaan menyediakan belakan elektrik, air, prasarana asas seperti kemudahan tandas bagi semua sekolah terutamanya di desa dan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan tersebut," tambah beliau lagi.
 Menurutnya, sejak dahulu lagi kerajaan Malaysia sentiasa mengamalkan prinsip mendemokrasikan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua warga yang berkelayakan.
 "Disamping itu, Kementerian juga dapat pastikan agar beberapa kemudahan asas lain yang memenuhi empat kriteria yang disebutkan di atas diberikan keutamaan," kata beliau lagi.
 Beliau seterusnya menyatakan tiada gunanya menghebohkan dan menghebahkan propoganda murahan mengenai kepentingan kaum tetapi yang penting ialah memberikan jaminan keadilan bagi semua sekolah-sekolah yang terpinggir dan miskin.
 Katanya lagi, majoriti sekolah yang kekurangan infrastruktur asas merupakan sekolah Melayu, diikuti sebahagian kecil sekolah tamil dan beberapa sekolah Cina.

0 Komen pengunjong :