Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AMK Kutip Tandatangan Bantah Menara Warisan


KUALA LUMPUR 21 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini melancarkan Kempen Bantah Projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat peringkat nasional di lobi parlimen bagi mengumpul tandatangan rakyat Malaysia bagi membantah perlaksanaan projek yang dilihat sebagai pembaziran wang rakyat.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, program tersebut bermula pada hari ini di parlimen dengan meminta sokongan pemimpin-pemimpin yang membantah cadangan tersebut.

"Kami AMK Malaysia menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan cadangan projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat," jelas beliau di lobi parlimen.

Pengumuman projek mega RM5 bilion dalam cadangan Belanjawan 2011 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu mendapat tentangan hebat pelbagai pihak walaupun Najib menafikan ia bukan suatu pembaziran.

Shamsul turut mempertikai pengurusan ekonomi yang kurang efektif oleh Kerajaan Persekutuan sehingga memperlihatkan peningkatan sebanyak 12.7 peratus jumlah hutang negara bermula tahun 2009 sehingga 2010 menjadikan jumlah keseluruhan RM408 bilion berdasarkan Laporan Ekonomi 2010/2011 selain masalah defisit yang gagal ditangani.

Beliau berkata, pembinaan bukannya keutamaan namun memperlihatkan kembalinya 'Mahathirism' dalam pengurusan ekonomi negara.

Sehubungan dengan itu Shamsul berkata AMK akan berkempen seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap pembaziran dana negara.

"AMK akan menggerakkan anggota turun padang dan mengadakan pelbagai program forum, ceramah dan mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pembaziran Bajet 2011. Program kutip tandatangan akan dijalankan oleh pemimpin AMK di cabang-cabang," jelas beliau.

0 Komen pengunjong :