Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perkasa Hadir Majlis Najib, Penduduk Tertanya-Tanya

SHAH ALAM 29 SEPT: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dan  Parlimen Pandan bimbang dengan laporan media mengenai penglibatan Perkasa dalam satu program yang dijadual bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2 Oktober ini.
Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad menerima aduan penduduk mengenai hal berkenaan dalam program  anjuran Pertubuhan Silat Seni Goyang Malaysia (PSSGM) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"Penganjur ada hubungi saya dan menafikan Perkasa  terlibat tetapi laporan Sinar Harian pula menyatakan penganjur  menjemput pemimpin Perkasa  ke majlis itu,” katanya kepada TV Selangor selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Mengikut laporan akhbar berkenaan, Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya mengakui pihaknya mempelawa wakil Perkasa sebagai tetamu program berkenaan tetapi menafikan jalinan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Memandang serius perkara itu, Iskandar berkata, beliau khuatir penyertaan Perkasa dalam program berkenaan jika benar, boleh memberi kesan buruk kepada keharmonian penduduk setempat.
Beliau berkata, hubungan antara kaum di DUN Chempaka dan Parlimen Pandan begitu harmoni pada masa ini dan penduduk tidak mahu situasi berkenaan  terjejas disebabkan penganjuran program berkenaan.
"Kita berharap perkara seumpama ini tidak berlaku dan masyarakat mula tertanya-tanya adakah majlis ini benar-benar akan berlaku sebab program itu dijalankan di kawasan padang terbuka," katanya.
Iskandar berharap Najib  dan penganjur mengambil kira keharmonian masyarakat setempat lantaran program berkenaan mendaat publisiti buruk lantaran menimbulkan kebimbangan masyarakat.
“Saya yakin Najib tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemar akibat majlis ini,” katanya.

0 Komen pengunjong :