Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Peneroka Saman Kerana Ditipu Felda Bukan Sebab Hasutan

PETALING JAYA 15 Ogos - Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata tindakan menyaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) oleh peneroka adalah akibat rasa tidak puas hati dan tertipu dengan Kadar Perahan Gred (KPG) yang dilakukan oleh kilang milik agensi itu dan bukannya disebabkan hasutan pihak tertentu seperti didakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Isnin lalu 766 peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan mengemukakan saman berjumlah RM200 terhadap agensi itu.
"Dia (Yusof) turut menyatakan, setiap peneroka terpaksa membayar RM500 untuk perkhidmatan saman tersebut. Ini tidak benar dan kenyataan palsu, kerana peneroka hanya diminta untuk membayar sumbangan perbelanjaan kes sebanyak RM50 sahaja. Saya rasa itu adalah nilai yang munasabah.
"Jadi, saya minta Tan Sri Yusof Noor menjawab isu pokok dan persoalan utama, iaitu peneroka di Serting telah ditipu oleh pihak Felda. Jangan kita harapkan pagar, pagar makan padi," kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana semalam.
Peneroka yang menyaman Felda mendakwa selama 15 tahun ditekan serta ditipu berhubung isu KPG yang mana terdapat perbezaan sebanyak 6% bagi setiap tan.
Sebelum ini Felda hanya membuat kiraan antara 16% sehingga 19% bagi setiap perahan.
Manakala ujian yang dilakukan oleh peneroka di Makmal Sime Darby Research Sdn Bhd dan juga Felda Analytical Laboratory menunjukkan KPG boleh mencapai 25.54%.

0 Komen pengunjong :