Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Larang Berpolitik: Mahasiswa Akan Ajar BN Lebih Teruk Daripada PRU-12

SHAH ALAM 24 Ogos - Ketua Pemuda Sosialis DAP(Dapsy), Anthony Loke berkata keputusan Kabinet 11 Ogos lalu melarang pelajar universiti daripada bergiat dan menyertai sebarang parti politik hanya akan menyemarakkan lagi semangat mahasiswa tempatan untuk bangkit membawa perubahan politik pada pilihan raya umum yang ke-13 kelak.
Anthony memberi amaran Umno dan  Barisan Nasional akan diberikan satu pengajaran yang lebih pahit oleh golongan muda daripada apa yang dialami semasa PRU-12 pada 2008 lalu.
Ahli Parlimen Rasah itu berkata langkah itu merupakan satu keputusan yang amat retrogresif dan mengecewakan aspirasi golongan muda khususnya pelajar di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA).
"Keputusan ini terus menafikan hak pelajar universiti tempatan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak berpersatuan kepada setiap warganegara Malaysia.
"Keputusan Kabinet menunjukkan Barisan Nasional langsung tidak mendengar pandangan rakyat khususnya golongan muda yang ingin melihat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di kampus universiti tempatan," ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Anthony yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, keputusan itu juga membuktikan Pemuda Barisan Nasional khasnya Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda MCA semakin hilang taring kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenarkan untuk menyertai parti politik langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan.
Malah katanya, suara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang jelas ingin membawa perubahan berhubung dasar Auku juga tidak diendahkan oleh Menterinya sendiri.
"Dapsy akan terus mendesak supaya Auku dimansuhkan dan kebebasan pelajar universiti dikembalikan. Dapsy yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan, agenda mendemokrasikan IPTA akan diberi perhatian yang serius dan

0 Komen pengunjong :