Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Felda Didesak Perjelas Pelaburan Luar Negara

SHAH ALAM 22 Ogos - Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said mencabar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjawab soalan pokok berhubung pelaburan luar negara agensi itu serta Skim Pinjaman Perumahan Felda yang didakwa tidak memberikan subsidi kepada golongan peneroka.
Perkara ini didedahkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dalam risalah yang berjudul 'Felda Bankrap?'.
Suhaimi berkata risalah tersebut juga meminta Felda membuat penjelasan berhubung kedudukan pelaburan Felda di dalam Syarikat Twin Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM270 juta serta pelaburan Felda Global Ventures Sdn Bhd dalam projek penternakan lembu berjumlah RM688 juta.
Risalah itu juga mendesak Felda memberi penjelasan berkenaan wang yang dikutip daripada peneroka berjumlah RM768 juta sejak tahun 1970an bagi tujuan Tabung Penanaman Semula.
Beliau turut meminta agensi itu menyatakan berapakah keuntungan Felda Plantation yang sebenar dan ke mana keuntungan tersebut disalurkan.
Di samping itu, Suhaimi berkata risalah terbitan Anak itu mendakwa Felda Global Ventures   meminjam berbilion ringgit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pelaburan di luar negara termasuk di Cincinnati dan Boston, Amerika Syarikat.
"Felda kaya disebabkan hasil keringat dan penat lelah peneroka sementara pemimpin Umno-Barisan Nasional pula berjoli sewenang-wenangnya atas nama pelaburan untuk menyenangkan kroni.
"Peneroka pula dibelenggu nasib malang apabila dibelit dengan bebanan hutang berantai yang tidak akan langsai hingga ke anak cucu ibarat harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati dilonggokkan hutang," tegas Suhaimi.
Sehubungan itu, Suhaimi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor memberikan penjelasan berhubung dakwaan beliau memperolehi pendapatan mencecah RM2 juta setahun dalam bentuk gaji, elaun dan dividen daripada Felda dan anak-anak syarikatnya.

0 Komen pengunjong :