Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Padah akibat tukar baju politik: Zahid

KEMAMAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan nasib yang menimpa kampung dan orang Melayu di negeri itu yang kini semakin terpinggir sebagai harga mahal yang terpaksa dibayar kerana cuba menukar ‘baju politik’.

Beliau berkata, apabila kuasa terlepas kepada parti yang tidak memperjuangkan nasib rakyat terutamanya kaum Melayu, maka itulah hasil yang terpaksa dihadapi.

Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu sedar bahawa UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) sentiasa memperjuangkan kepentingan semua pihak berbanding DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ini terbukti dengan apa yang telah BN lakukan walaupun mungkin dalam kerajaan lalu di Pulau Pinang kita ada kelemahan, tetapi kita boleh baiki semula jika kita mengambil alih semula Pulau Pinang.

“Namun DAP belum cukup tiga tahun memerintah, banyak gerai Melayu yang telah dirobohkan dan tidak ada penggantian dan jika ada sekalipun diletakkan di kawasan pinggir dan kawasan yang tidak strategik,” katanya kepada pemberita

selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar tentang nasib kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang yang hilang tempat tinggal apabila diusir pemaju bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan.

Pengusiran itu didakwa dilakukan pemaju berpangkalan di Kuala Lumpur tanpa sebarang perbincangan kedua pihak bagi membolehkan projek kediaman bertingkat kos RM800,000 seunit dibangunkan. 

- Sinar Harian

Kembara Jr.......... sedapnya si Zahid ni bercakap, dia sedar ke tidak bahawa masalaah Melayu Pulau Pinang bukannya bermula apabila diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ianya dah lama bermasaalah semenjak ianya dalam pemerintahan Umno/BN lagi . Jangan nak kelentonglah, rakyat semua sudah cerdik. Mereka tau hakikat yang sebenar.

0 Komen pengunjong :