Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN Bentang Usul Tergempar Berhubung Permit Penerbitan Suara Keadilan

SHAH ALAM 4 Julai - KEADILAN akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat pagi esok bagi membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan lidah rasmi parti,Suara Keadilan.
Naib Presiden, Sivarasa Rasiah berkata usul tersebut yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali juga akan mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya menyegerakan pembaharuan permit penerbitan akhbar tersebut yang tamat pada 30 Jun lalu.

"Usul yang akan dibentangkan berhubung permit penerbitan Suara Keadilan adalah penting dan perlu dibahas segera dalam parlimen kerana kita berpendapat Kementerian Dalam Negeri sememangnya berniat jahat untuk tidak menimbangkan permohonan pembaharuan permit itu walhal pihak pengurusan Suara Keadilan sudah mengemukakan permohonan lebih tiga bulan lalu.

"Tindakan KDN ini menunjukkan keadaan takut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tertekan berhubung pendedahan 'Felda Bankrap' yang disiarkan oleh akhbar itu dan terpaksa bertindak untuk menutup lebih banyak lagi pembongkaran berhubung Felda dibuat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Subang.Usul tergempar tersebut dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Beliau juga berkata satu sidang akhbar akan diadakan di lobi parlimen pada pukul 12.30 tengahari oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu ini.

Pada 2 Julai lepas KDN menghantar surat kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memaklumkan pihak kementerian tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan secara bertulis mengenai tiga surat teguran yang tidak dijawab dan juga surat tunjuk sebab berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang siarkan dalam keluaran 22-29 Jun lalu.

Ekoran itu KDN mengatakan Suara Keadilan tidak lagi boleh diterbitkan kerana permitnya telah tamat dan kementerian juga belum lagi membuat keputusan untuk menimbangkan pemohononan akhbar untuk memperbaharui permit penerbitannnya.

Tindakan ini dipercayai mempunyai hubungkait dengan langkah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang telah menyaman Suara Keadilan susulan daripada artikel tersebut.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :