Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Petronas Didakwa Paksa Wakil Penjual Guna Bank Adik Najib Untuk Urus Niaga

KUALA LUMPUR 20 Julai - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan beliau menerima beberapa aduan daripada beberapa wakil penjual (stesen minyak) Petronas yang telah dipaksa membuka akaun di CIMB Bank selewat-lewatnya akhir bulan Ogos bagi tujuan urus niaga.
Beliau yang ditemui pada sidang media semalam mengecam arahan yang dikeluarkan itu serta menyifatkan ia sebagai paksaan sedangkan setiap wakil penjual Petronas mempunyai pilihan sendiri dan telah memiliki akaun bank sejak dari awal mereka berurus niaga.
"Saya ditemui oleh beberapa wakil penjual Petronas dan mereka memaklumkan telah menerima arahan secara paksa dari pihak Petronas agar menggunakan CIMB sebagai akaun urusan perniagaan mereka. Kebanyakkan kesal dengan arahan tersebut selain menyifatkan ia sebagai satu masalah yang besar kerana tidak semua tempat mempunyai cawangan CIMB Bank.
"Dari apa yang saya ketahui arahan tersebut dikeluarkan dengan alasan kerana mereka perlu menggunakan sistem bayaran terus 'auto debit' untuk menyenangkan urusan, sedangkan mereka mendakwa urusan jual beli yang dilakukan secara bayaran menggunakan cek tidak pernah menimbulkan masalah kepada mereka.
"Saya tidak faham kenapa perlu menggunakan perkhidmatan daripada CIMB, kenapa tidak boleh berurusan di bank-bank lain adakah sebab adik kepada Perdana Menteri berada di sana ataupun ada niat di sebaliknya. Secara jelas kebanyakkan wakil penjual berasa lebih selesa dengan urusan mereka sebelum ini kerana urusan bank yang mereka gunakan sentiasa memberi layanan yang memuaskan sehinggakan boleh melakukan urusan selepas waktu operasi bank tanpa sebarang bayaran tambahan.
"Tetapi untuk urusan melalui CIMB ini setiap kali berlakukan transaksi seribu keping maka kos sebanyak RM10 dikenakan manakala untuk setiap seratus keping yang seterusnya kos sebanyak seringgit dikenakan. Saya rasa inilah cara mereka ingin mengutip keuntungan 'atas angin' dari wakil penjual tersebut, kita tidak tahu berapa banyak keuntungan yang CIMB akan kutip untuk semua wakil penjual Petronas di negara ini," jelasnya.
Tambahnya lagi penggunaan akaun CIMB akan berkuatkuasa pada September nanti dan setiap wakil penjual perlu mempunyai akaun di CIMB bagi mengelak berlakunya kegagalan dalam urusan mereka nanti.
"Penggunaan akaun CIMB ini akan dikuatkuasa pada September nanti dan saya pasti kepada mereka yang tidak mahu membuka akaun di CIMB akan ditamatkan kontrak penjualan mereka.
"Bagi saya desakan secara paksa ini tidak patut dilakukan kerana ia tidak mengambarkan kebebas kepada wakil penjual untuk membuat pilihan. Pihak yang terbabit perlu teliti ketika membuat arahan kerana tidak semua tempat mempunyai cawangan CIMB.
"Pihak kerajaan mahupun CIMB tidak perlu menekan wakil penjual untuk mendapatkan keuntungan semata-mata, kita sebagai rakyat Malaysia boleh membuat pilihan sendiri dimanakah yang menjadim kesesuaian kepada kita untuk membuka akaun bagi sebarang urusan.
"Sebelum ini tidak pernah ada kos tambahan setiap urusan transaksi di bank tetapi bila menggunakan urusan di CIMB maka kos tambahan akan dikenakan mengikut jumlah kepingan wang kertas yang mereka ingin masukkan di dalam akaun mereka," sambungnya lagi.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :