Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pas: Usaha Umno Ajak Bersatu Adalah Sia-Sia

Parti Islam Se-Malaysia berkata ia tidak melihat kewajaran dan kepentingan rundingan membincangkan kesatuan bersama parti Umno.
Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno tidak perlu mensia-siakan masa dan sumber untuk memikat dan mengumpan Pas kerana pintu kerjasama telahpun ditutup.
Tuan Ibrahim berkata tindakan Umno terus-menerus mengumpan Pas, bahkan menggunakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bagi mencapai tujuan politik itu menunjukkan Umno kini dalam keadaan yang amat tenat.
Beliau menjelaskan Pas hanya bersedia untuk berunding mengenai isu royalti minyak, peruntukan kepada Kelantan, serta serangan Umno terhadap negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Presiden Umno Najib Abdul Razak menolak rundingan yang menyentuh isu pemberian royalti minyak Kelantan.

- TVSelangor

0 Komen pengunjong :