Sivarasa Rasiah : Saman Ibrahim Ali Sia-Sia

Tindakan saman RM2 juta yang dibuat Ahli Parlimen Pasir Mas terhadap Saifuddin Nasution Ismail dan akhbar Suara Keadilan setelah beliau dituduh oleh Saifuddin sebagai memiliki saham dalam syarikat judi.dianggap sebagai saman kosong. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang  merupakan peguam kepada Saifuddin berhubung kes saman Ibrahim ketika dihubungi memberitahu tindakan saman itu tidak boleh diteruskan.

Setakat ini beliau belum lagi menerima saman yang dikemukan oleh Ibrahim itu, cuma beliau ingin katakan setiap yang diperkatakan oleh anngota parlimen di Dewan Rakyat mempunyai imuniti tersendiri dan tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Kata Sivarasa lagi, sesuatu perkara yang berlaku di dalam dewan dan di bawa ke mahkamah maka perkara tersebut akan dibatalkan terus oleh mahkamah setelah Saifuddin membuat permohonan.  Beliau yakin dengan Saifuddin kerana apa yang beliau hujahkan itu mempunyai bukti dan beliau akan mempertahankan apa yang diperkatakan.


Kembara Jr .....apa ni datuk, tak kan seorang Ahli Parlimen veteren seperti datuk tak tau prosedur. Patutnya datuk lebeh arif dalam hal ini. Malulah datuk kepada orang muda kalau benda sekecil ni datuk tak tahu.

Aku tahu, bukan datuk tak tau tapi kerana tak boleh kawal marah, datuk saman juga. Itu aja. Ingat tak masa tengah marah dulu, sampai datuk menyarankan supaya kekebalan ahli parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.

Relak lah datuk, nak jadi orang politik ni kena sabar dan tahan tohmohan orang. Kalau tidak berhenti sajalah datukkkkk  !!!!!

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :