Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Manikavasagam Berpuas Hati Dengan Pendengaran Selcat


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berkata yang beliau berpuas hati dengan proses pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang berlangsung sejak dua hari lalu.

Beliau menyifatkan proses siasatan yang dijalankan Selcat sangat memuaskan dalam membantu serta melicinkan penyiasatan mengenai penyelewengan dan rasuah pasir yang melibatkan kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd

Manikavasagam dijadual memberi keterangannya esok kepada panel Selcat tetapi beliau masih belum memperoleh kebenaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk berbuat demikian. Sebelum ini, SPRM dikatakan menghalang Manikavasagam memberi kenyataan tetapi kemudian menafikannya. Walaubagaimanapun beliau telah meminta SPRM memberi surat rasmi kepadanya samaada boleh atau tidak dia memberi keterangan kepada pendengaran awam Selcat.

Manikavasagam berkata dia tidak gentar untuk hadir ke pendengaran awam Selcat dan sedia menyerah senarai saksi dan beberapa bukti kukuh berkaitan dakwaan penyelewengan yang didakwanya. Senarai lima saksi akan diserahkan dan berharap Selcat menimbangkannya untuk memanggil mereka. Beliau juga mendakwa terdapat 12 pengadu dengan tujuh saksi penting dalam kes ini.


Kembara Jr ..... Kalau dah rasa puas hati dengan Selcat tu baguslah. Lain kali kalau ada permasalahan cuba selesaikan melalui dalaman parti dulu. Jangan heboh sana sini. Musuh parti tunggu masa je nak ambil kesempatan. Akhirnya parti juga rugi diri pun susah.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :