Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.
Pihak polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan. "Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.
Pergerakan Pemuda UMNO dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat, manakala pergerakan Pemuda Pas mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. – Bernama
Kembara Jr ..... Dah agak dah, bila saja ada puak-puak bukan dari puak Umno/BN nak buat perarakan mesti di label perarakan haram kerana tiada permohonan dibuat, konon. Tapi bila puak-puak Umno/BN yang buat semuanya halal, ada permohonan ( Walaupun tak memohon ) dan polis siap mengawasinya.
Kembara Jr ..... Dah agak dah, bila saja ada puak-puak bukan dari puak Umno/BN nak buat perarakan mesti di label perarakan haram kerana tiada permohonan dibuat, konon. Tapi bila puak-puak Umno/BN yang buat semuanya halal, ada permohonan ( Walaupun tak memohon ) dan polis siap mengawasinya.
Kalau ya pun tak mahu bersama rakyat berhimpun membantah Israel tu, janganlah pulak arahkan polis supaya menghalangkan perhimpunan yang akan diadakan.
Tau tak kerja sapa ni !! dah tentu dari penasihat-penasihat APCO yang tak mahu perhimpunan bantahan ini diadakan. Kalau tidak, apa guna dia jadi penasihat perdana menteri 1Malaysia.Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Dah agak dah, begitulah orang surohan Umno/BN. Kalau orang lain dari Umno/Bn dah tentu tak di beri kelulusan walaupun di minta
ReplyDelete