Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula hari ini selepas pihak peguambela membuat lawatan ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur. Mereka melawat Unit 11-5-2 yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1, di mana Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa lokasi dia diliwat oleh Anwar. Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit tersebut apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah. Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh sahabat Anwar.
Peguam Datuk Sri Anwar, Karpal Singh, sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak untuk mengadakan hubungan seks dengan Anwar.
Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas melihat kawasan itu kira-kira 20 minit. Selepas lawatan itu, Karpal berkata mereka berpuas hati dengan perkembangan lawatan tersebut.
Pakar forensik bagi pehak pembela, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur dari Australia pagi tadi tidak ada bersama dalam lawatan itu. Dia ke Malaysia untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful. David Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia.
Kembara Jr ..... Sesuatu yang pelik dan aneh berlaku pada hari Selasa lepas semasa pehak pembela datang untuk melihat kondo tersebut ialah kesilapan kunci yang dibawa oleh pehak polis. Pasukan pembela gagal untuk meninjau kondo tersebut pada hari itu..
Mengapa dan kenapa ini boleh berlaku? Apakah ada sesuatu motif tertentu disebalik kesilapan kunci yang dibawa. Tentunya ada sesuatu tersurat di sebalik yang tersirat.........
Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :