Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Doktor Sahkan Ada Kesan Air Mani

Perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi diadakan secara tertutup selama kira-kira 13 minit. Ini dibuat bagi membolehkan peguam Karpal Singh memeriksa balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Orang ramai, dan wartawan kemudian dibenarkan ke galeri awam semula.

Perbicaraan bersambung semula dengan saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan. Dr Mohd Razali memberitahu mahkamah bahawa lebeh daripada 100 pesakit yang mempunyai masalah dubur telah di periksanya. Beliau menjelaskan pemeriksaan dari dubur diambil melalui calitan kapas ataupun dengan picagari dan alatan tersebut mestilah disteril.

Ketika Dr Mohamad Razali membuat keterangan, Karpal tidak berpuas hati dan membantah doktor berkenaan kerana memberi keterangannya dalam Bahasa Melayu yang menyukarkan pasukan pembelaan kerana terpaksa menterjemahkan pengakuan itu kepada pakar forensik, Dr David Wells yang dibawa dari Australia. Dia didatangkan untuk meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful. Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia. Pertikaman lidah berlaku sehinga memaksa perbicaraan berhenti 15 minit.


Apabila disambung semula jam 11.26 pagi,  Dr Razali memberitahu dia mengambil tiga sampel daripada Saiful, satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal. Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.

Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani. Selepas merujuk laporannya dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.

Perbicaraan ditanggohkan dan akan disambung semula jam 9 pagi esok, setelah dipohon oleh Karpal bagi membolehkan pasukannya merujuk kepada pakar perubatan. Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu.

Kembara Jr ..... Apa pun kita harap keterangan yang diberikan oleh doktor-doktor nanti akan di ulas dan di rumus oleh pakar forensik, Dr David Wells yang dibawa khas dari Australia oleh pasukan pembela. Mohon agar semuanya memehak kepada Anwar.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :