Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib Tolak Sertai Himpunan Rakyat Kecam Isarel

Presiden Umno Datuk Sri Najib Abdul Razak menolak jemputan Pakatan Rakyat ke persidangan meja bulat mengecam serangan tentera rejim Tel Aviv keatas misi kemanusiaan Freedom Flotilla.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menghulurkan tangan menyeru Presiden Umno ini untuk turun berhimpun bersama rakyat di Kampung Baru, Jumaat depan. Perhimpunan di ibu negara ini diadakan sebagai reaksi kepada serangan komando Tentera Laut Israel keatas konvoi membawa 10,000 tan bekalan makanan dan perubatan ke Semenanjung Gaza, yang dihimpit sekatan ekonomi Mesir-Israel.

Pakatan Rakyat akan turut menganjurkan persidangan meja bulat membabitkan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan pada jam 11 pagi di lokasi yang sama.

"Tidak, kita akan debat isu ini di Parlimen pada hari Isnin. Kita akan bentang usul mengecam serangan ganas Israel dan pencabulan hak asasi manusia," kata Najib kepada pemberita di Balai Polis Seapark, semalam.
Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pernah menyaksikan perhimpunan orang Melayu menentang penjajahan British.- TVSelangor

Kembara Jr ..... Sikap Perdana Menteri 1Malaysia, kalau ya pun ianya akan di bahaskan di parlimen apa salahnya kalau bersama rakyat berhimpun menunjukkan bantahan bersama keatas Israel itu. Apakah takut dengan rakyat, atau apakah takut jatuh status seorang Perdana Menteri bila berhimpun bersama rakyat? Ingatlah Najib, tak kan hilang bisanya bila ular menyusur akar.......

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :