Samy Vellu Dipertikai Oleh Setiausaha MIC Sendiri


Setiausaha Agung MIC S. Murugesan menyertai kumpulan yang mempertikaikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang telah memecat empat pemimpin dalam dua minggu lalu.

Kata beliau kuasa presiden untuk memecat hanya harus digunakan sebagai langkah terakhir dan bukannya sebagai opsyen pertama.

Beliau yang dilantik sebagai Setiausahajuga MIC September lalu juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dilantik.

Bagaimanapun Murugesan enggan menyatakan sama ada beliau menyokong gesaan agar Samy Vellu juga perlu berundur segera.

Samy Vellu berhadapan dengan tekanan selepas memecat bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan daripada parti itu minggu lalu. Mugilan kini menggerakkan usaha untuk menganjurkan kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), Ahad ini.

Samy Vellu mengambil alih kepimpinan MIC 31 tahun yang lalu dan baru-baru ini menjanjikan pelan peralihan kuasa pada suku ketiga tahun depan. Bagaimanapun Mugilan dan disusuli pula dengan dua anggota CWC K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan tidak bersetuju dengan pelan peralihan itu. Samy Vellu kemudian itu memecat Mugilan, Samy dan Kumar kerana mempertikaikan keputusan beliau. Turut dipecat ialah Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya, V. Subramaniam atau Bharat Maniam.


Kembara Jr ..... Ayoyoyo Samy, apa tunggu lagi, sudah ramai tarak suka sama Samy, pergilah. Mahathir sudah cakap pergi sebelum orang tarak suka, tapi  Samy amacam ramai orang sudah tarak suka sama Samy tapi Samy tarak pergi jugak !!!! Samy mau jadi itu presiden sampai mati ke? atau Samy ada ingat tunggu dulu bila Samy punya anak sudah besar mahu kasi itu presiden pada Samy punya anak ke?  Tarak baik itu macam Samy.

Samy !! saya mahu ingat sama Samy baik sekarang Samy letak itu jawatan, nanti orang respect sama Samy. Kalau degil jugak kalu nanti semua orang benci sama Samy. MIC pun nanti runtuh. Samy suka itu MIC mati jugak ke? Saya juga ingat Samy suka itu MIC jatuh kan ............!!!!!!

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannnnn

0 Komen pengunjong :