Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya


KUALA LUMPUR 6 Mac: Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.
“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya.
Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.
Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.
“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.
“Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.
“Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun,” ujarnya.
Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.

3 comments :

  1. Wak fikir ini yang sebab kan Najib minta maaf.

    Sepatutnya bukan Najib aje yang perlu mainta maaf tapi semua pemimpin2 UMNO yang masih hidup atau yang pencen tu.

    ReplyDelete
  2. Kita jangan ikut undang-undang Negara China menghukum mati pada perasuah. Kita rampas segala kekayaan hasil rompakan dari politician BNUmno untuk dikembanlikan kepada negara dan rakyat.Hidup ibarat roda, itulah hakikatnya.Berani buat, berani tanggung.Pastikan kita rakyat Malaysia yang berintergriti tunaikan janji kita.Jangan lupa kita dapatkan 8 tuntutan Bersih sebelum pilihanraya.Jangan beri mereka peluang mereka untuk membodohkan dan menipu rakyat Malaysia lagi untuk menang dengan menipu. Wajib kita bertanggungjawab bersama kalau tidak Bersih 3.

    ReplyDelete
  3. tindakan yang sangat dipuji, perompak dan perasuah BERLESEN perlu di adili.

    ReplyDelete