Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Vella Paari Minta Maaf Pada Umno



Vella Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini memohon maaf kepada Umno termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri kerana menuduh pemimpin-pemimpin parti itu mendalangi kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, S. Vell Paari memberitahu, beliau mengambil keputusan itu selepas menjelaskan pendiriannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Sejak awal minggu ini pelbagai peringkat ahli Umno mendesak Vell Paari meminta maaf secara terbuka kepada Presiden Umno berikutan tuduhan dibuatnya terhadap Umno . Beliau telah menuduh Umno menggunakan ‘pembunuhan politik’ untuk memecahbelahkan MIC berikutan kewujudan GASyang dikatakan  mendapat restu pemimpin tertinggi UMNO

Tindakan anak Presiden MIC itu disifatkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab. Dalam reaksi balasnya, Vell Paari mempertahankan tuduhannya bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.


Bagaimanapun Vell Paari berkata, beliau tiada masalah untuk memohon maaf kepada kepimpinan Umno jika apa yang diperkatakan itu dibuat secara sembarangan dan tanpa alasan munasabah. Dalam kenyataan dikeluarkan di ibu negara, Vell Paari berkata, beliau berpendapat menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan ayahnya.
.

 Kembara Jr ..... Ayoyo paaa, ayoyo maaaa ini macam orang pun ada ke ?? Belum apa-apa pun sudah minta maaf. Macam mana mau jadi presiden MIC nanti baru gertak dengan mamat lidah kontot dah mengelabah, tu belum di hunus keris kontotnya.

Samy, kalu ini macam kalu, baik Samy cari lain orang untuk jadi MIC punya presiden. Samy punya anak penakut. Tak boleh jadi pemimpin, sikit gertak sudah terkencing.

Apakah ada sesuatu yang tersirat disebalik permohonan maaf yang dibuat oleh Vella Paari tu? Mungkinkah ada lagi amalan rasuah yang menjadi kegemaran Perdana Menteri 1Malaysia sehingga Vella sanggup berbuat demikian. Mungkin juga anak Samy saja mahu test market dirinya, samaada popular atau tidak sebagai persediaan untuk mendapat tempat dalam MIC setelah mengalami krisis ini? Tepok dada tanya sakit ke tidak................

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :