Anwar : Bukti Kukuh Wakil Rakyat Lompat Parti Ditawar RM 2 Juta

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil-wakil rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat ditawar RM2 juta dan kontrak lumayan sebagai ganjaran.


Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata selama ini acapkali “kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak,” tetapi selama itulah
juga mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa. Bagaimanapun tegas Penasihat PKR itu, kini pihaknya sudah memperoleh bukti berkenaan.

Sejak awal tahun 2009, 10 orang masing-masing lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. Tanpa menyatakan bila maklumat itu diperolehi, Anwar berkata, bukti kukuh itu akan dimaklumkan dalam waktu terdekat, katanya.

Beliau akan menghadiri Kongres Nasional Keenam peringkat pusat yang bermula esok. Bagaimanapun dalam kenyataan itu Anwar tidak menjelaskan sama ada pendedahan melibatkan Ahli Parlimen atau ADUN ataupun kedua-duanya sekali.


Kembara Jr ..... Sudah tentu geng-geng katak ini mendapat habuan daripada lompatannya. Mereka tidak saja-saja melompat. Mereka ini jenis cari makan, bukan jenis berjuang untuk menolong rakyat yang memilehnya. Jenis begini dimana ada peluang untuk kepentingan dirinya, disitu mereka tujui tanpa memikir rakyat yang bermati-matian menyokong dan mengundinya. Untuk mengelakkan dia dikutuk dan dimarah ataupun diherdik oleh rakyat yang memilehnya jawapannya ialah tidak berpuas hati dengan pemimpin PKR, PKR lari dari landasan asal, dan macam-macam lagi alasan memburok-burok parti yang disertainya selama ini. Kalau betul-betul bukan kerana habuan, lompatnya katak itu kerana masalah dia dengan PKR kenapa tidak menjadi wakil bebas betul-betul bebas bukan wakil bebas mesra Umno !!!

Lagi satu puak yang memberi habuan, Umnongok/BN, puak ni jenis bodoh, kalau mereka cerdik mereka tidak mencuri wakil rakyat parti lain dengan habuan wang dan lain-lain-lain lagi. Sebabnya jenis katak-katak ini dia tak suka pada satu tempat ada peluang dia melompat lagi. Satu masa nanti katakanlah jika  ada peluang lompat dengan habuan lebeh besar dari parti lain sudah tentu dia melompat lagi dan tinggal parti yang dia sertai sekarang.

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :