Ketua AMK : Negara Tak Akan Muflis Kalau Tak Potong Subsidi

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin menolak pendirian kerajaan bahawa negara akan jatuh muflis jika tidak menghapuskan subsidi menjelang tahun 2019. Negara tidak akan bankrap dengan pemberian subsidi yang dilaksanakan kerajaan, tetapi sebaliknya banyaknya berlaku penyelewengan, amalan rasuah yang berleluasa dan salah urus tadbir itulah yang akan menjadi puncanya. Selagi BN dibiarkan menerajui negara ia berkemungkinan akan mengulangi sejarah yang menimpa Greece, katanya pada majlis perasmian Kongres AMK dan Wanita Keadilan di Pusat Dagangan Kelantan, di sini Jumaat lalu.

Shamsul Iskandar berkata negara sebenarnya menuju ke arah bankrap kerana jumlah hutang negara meningkat kepada RM360 bilion sekarang. Keadaan itu adalah suatu yang mengejutkan dan situasi yang paling teruk sejak negara mencapai kemerdekaan dan para pemimpin Umno-Barisan nasional harus segera mengundurkan diri kerana gagal mengurus ekonomi dan kewangan negara dengan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mendakwa jika langkah mengurang dan menghapuskan subsidi dalam tempuh lima tahun akan datang tidak diambil maka negara akan jatuh bankrap menjelang 2019.


Kembara Jr ..... Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mendakwa jika langkah mengurang dan menghapuskan subsidi .tidak diambil maka negara akan jatuh bangkrap menjelang 2019.

Hooiitt !!! berapa sangatlah jumlah subsidi yang diberikan kepada rakyat jika hendak di bandingkan dengan amalan rasuah, penyelewengan dan salah urus tadbir yang dilakukan oleh puak-puak Umno/BN. Rakyat yang dah sememang susah hendak disusahkan lagi. Janganlah hendak dipersalahkan subsidi yang diberikan kepada rakyat akan menyebabkan negara akan bangkrap. Sebagai rakyat mereka juga berhak mendapatkan subsidi dari kerajaan.

Alih-alih subsidi hak rakyat di persalahkan. Tak nampak ke rasuah berleluasa ( saja buat tak nampak ), penyelewengan sana sini dan juga salah tadbir urus yang ketara. Kroni-kroni bertambah kaya, rakyat juga yang semakin susah. Tu pun nak nak tarik juga subsidi .

Kalau lah puak Umno/BN dah rasa tak mampu lagi nak urus negara baiklah awal-awal serah sebelum negara bertambah teruk. Puak-puak ni tak ada maruah aku rasa, kalau puak-puak ni ada maruah dan harga diri, tak nanti diberitahu dia rasa bertanggung jawab dan letak jawatan. Senanglah orang lain ambil alih untuk mentadbirnya..........

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :