
Menteri Besar berkata semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak. Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang engkar kepada arahan tersebut.
Sambil membantah keputusan Kerajaan Pusat mengeluarkan lesen tersebut, Tan Sri Abdul Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan ianya hanya memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golonganberpendapatan rendah sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.
Kembara Jr .... Syabas kepada kerajaan Selangor kerana mengikut langkah Pulau Pinang mengambil tindakkan tegas tidak akan mengeluarkan lesen perniagaan judi kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak. Keputusan ini amat bersesuaian kerana Islam mengharam sama sekali sebarang bentuk aktiviti judi. Ianya haram disisi Islam. Disamping itu dapatlah juga mengelak daripada berleluasanya penyakit sosial lain akibat perjudian tersebut. Syabas sekali lagi.......
.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :