
Katanya, penyertaan Ramli Logan yang mewakili Orang Asal telah menyampaikan hujah yang cukup baik dan bernas. Begitu juga beliau turut berbangga dengan sayap baru KEADILAN, Srikandi yang dibarisi wanita muda yang berani tampil ke depan menghidangkan perwakilan dengan perbahasan yang hangat.
Disamping itu beliau merayu kepada perwakilan agar memastikan KEADILAN sentiasa kuat, dan pada masa yang sama, beliau juga berharap agar kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat membantu anggota parti. Beliau turut mencadangankan supaya ahli-ahli melakukan perubahan dengan menggantikan ketua-ketua di peringkat cabang yang tidak aktif. Disamping itu beliau juga mahu ahli-ahli memperkemaskan 'delivery system' setiap negeri dengan cepat dan pantas.
Kembara Jr ..... Selamat berangkat pulang kepada kesemua perwakilan yang menghadiri Kongres national keadilan. Semoga ketemu lagi di masa hadapan.
Naib Presiden, Azmin Ali menyifatkan perjalanan kongres kali ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama sebagai yang terbaik di antara kongres pernah diadakan sebelum ini. Jadi harapan aku kekalkan lah prestasi sebegini sepanjang masa demi kebaikan PKR.
Kepada kesemua perwakilan, sematlah didada apa-apa pesanan dan amanat-amanat yang diberikan oleh pemimpin semasa berkongres. Mudah-mudahan dengan izin Allah PKR akan menjadi parti terkuat nanti. Insyaallah..........
....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :