KUALA
LUMPUR, 2 Jun — Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lemah kerana zaman
Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir
Mohamad kepada Ketua Umno Bahagian Johor dua hari lalu.
The Malaysian Insider difahamkan Dr Mahathir bertemu dengan
kakitangan awam Johor dan Ketua Umno Bahagian Johor yang mana beliau
turut memberikan penerangan berhubung keadaan politik dan kesediaan BN
untuk pilihan raya akan datang.
Johor merupakan ibu negeri Umno yang telah diisytihar haram pada 1988
apabila Dr Mahathir pada masa itu merupakan presiden dan pengaruhnya
kekal sehingga ke hari ini.
"Dr Mahathir berkata kepada ketua Umno mereka perlu bekerja keras
kerana kerajaan masih lemah sebab zaman Pak Lah menjadi perdana
menteri," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Tun
Abdullah Ahmad Badawi
.
"Beliau masih percaya Abdullah adalah punca kelemahan BN," tegas sumber.
Ini adalah kali kedua pertemuan Dr Mahathir dengan kepimpinan Umno,
dengan yang pertama di Umno Kedah pada 20 Mei. Di sana, beliau menggesa
parti bersatu dalam pilihan raya akan datang.
Abdullah menjadi perdana menteri paling singkat berkhidmat selepas BN
tewas dua pertiga majoriti dewan dan empat negeri ketika Pilihan Raya
2008. Beliau meletak jawatan pada April 2009 dan diganti Datuk Seri
Najib Razak.
Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat, keluar Umno pada
2008 untuk protes terhadap kepimpinan Abdullah dan kegagalan pilihan
raya 2008. Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada 2003 dan memenangi 91
peratus kerusi dalam pilihan raya 2004.
Turut difahamkan Abdullah akan melancarkan memoirnya turut menulis
berkenaan Dr Mahathir yang membawa kepada kejatuhannya selepas menerima
rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008.
Banyak pihak menyalahkan sumber yang lemah dan kemarahan orang ramai berhubung Hindraf dan Bersih pada November 2007.
Pengganti Pak Lah, Najib, telah berusaha untuk mengembalikan sokongan
BN bermula April 2009 apabila melancarkan program transformasi ekonomi
dan politik. Beliau turut menyalurkan program bantuan RM500 untuk rakyat
berpendapatan di bawah RM3000 melalu pemberian wang tunai secara
"one-off".
Namun, populariti Najib telah merundum jatuh dan kaji selidik
mendapati beliau hilang sokongan dalam masyarakat Cina dan kelas
pertengahan, di sebalik pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.
Sokongan Najib menurun kepada 65 peratus pada Mei berbanding 69
peratus pada Mac lepas, menurut penyelidik bebas, Merdeka Center.
"Peningkatan sedikit bagi kaum Melayu telah ditewaskan oleh jumlah
besar negatif terhadap kaum Cina," kata Merdeka Center dalam
kenyataannya.
Kaji selidik itu mendapati sokongan Najib paling lemah adalah di
antara kaum Cina turun 19 kepada 37 peratus. Antara kumpulan kelas
pertengahan, turun 18 peratus kepada 50 peratus. Beliau bagaimanapun
popular dalam kalangan pengundi Melayu dengan peningkatan 5 peratus,
kepada 79 peratus.
Pandangan pengundi terhadap kerajaan kekal, dengab penerimaan masih
berada di tahap 48 peratus. Kaji selidik itu dijalankan pada 10 hingga
18 Mei terhadap 1,019 pengundi berdaftar selepas protes 28 April.
.
0 Komen pengunjong :