
Ketika itu, beliau akan dedahkan bukti yang beliau ada, kata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana, Kota Bharu malam tadi.
Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu. Beliau berjanji pekara sebegini tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.
Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta.
Kembara Jr ..... Mana mungkin Najib akan menjawab cabaran Anwar tu, lebeh baik dia dok diam-diam saja. Paling tidak dia suroh panglima-panglimanya menjawab. Itulah dia Najib, Perdana Menteri 1Malaysia. Telah berapa banyak isu-isu penting yang dipertikaikan yang memerlukan penjelasan beliau tetapi tak pun di jawabnya.
Samaada Najib jawab atau tidak itu tak penting, apa yang patut didedah teruskan pendedahan tersebut. Biar rakyat tau dan menilai sendiri siapa betul siapa salah dan parti mana sebenar-benarnya berjuang untuk membela kesejahteraan rakyat.
.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :