Showing posts with label Katak lompat. Show all posts

Kami Mahu Bongkar Siapa Zahrain Sebenar ...

BUKIT MERTAJAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.

Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas.

"Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini.

"Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat.

"Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini. Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini.

Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi.

"Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi.

suara keadilan


Kembara Jr.......... berkokoklah Zahrain, kau ada tempat bergantung sekarang dan perut pun dah kenyang. Kau mesti ingat, PRU13 tak lama lagi. Barulah  kau sedar langit ni tinggi atau rendah masa tu. Ketika itu sesal pun dah tak ada guna. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak ada guna lagi..........

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

DAP Mahu Saman Keshvinder Dan Hee Kerana Ingkari Janji Setia

KUALA LUMPUR, 16 Jun — DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya dari Perak - Keshvinder Singh dan Datuk Hee Yit Foong — kerana melanggar kontrak kesetiaan yang mereka tandatangan selepas pilihan raya umum 2008.


Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menegaskan perjanjian yang mereka tandatangan memerlukan wakil-wakil rakyat yang hendak keluar parti mengosongkan kerusi mereka dan bayar RM5 juta sebagai denda.

“DAP akan memfailkan saman. Pada prinsipnya, kepimpinan tertinggi sudah bersetuju dengan ini, saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh dan mereka bersetuju.

“Bagaimanapun sebagai menghormati keseluruhan kepimpinan parti, kami hanya akan memfailkan saman selepas jawatankuasa eksekutif pusat parti mengadakan mesyuarat 28 Jun,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan hari ini.

Kepimpinan DAP Negeri Sembilan dan Perak telah meminta wakil rakyat yang dipilih menandatangai perjanjian kesetiaan selepas pilihan raya umum 2008 bagi mengelakkan tindakan lompat parti.

Di Perak, wakil-wakil rakyat yang bertindak keluar dikehendaki menandatangani perjanjian setia dengan bersetuju akan mengosongkan kerusi dan membayar denda RM5 juta.


Kembara Jr.......... Rasakan kau katak betina dan katak jantan, kerana kau nampak tawaran lebeh kau lupakan janji setia kau orang. Jangan tamak sangat, nanti yang dikejar tak dapat yang di kendong berciciran. Tunggu aja di mahkamah..........

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Datuk Seri Zahrain Hashim Cabar Bekas Ketuanya

Datuk Seri Zahrain Hashim mencabar bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mendedahkan bukti wakil-wakil rakyat lompat parti menerima ganjaran RM2 juta dan kontrak lumayan daripada pihak tertentu. Beliau mengecam kenyataan Anwar yang dibuat ketika membahaskan usul berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar buat pertama kali mendedahkan mereka yang keluar parti dibayar ganjaran menerusi satu kenyataan sehari sebelum Kongres Nasional PKR di Kota Baru baru-baru ini.

“Kami dah bosan tuduhan-tuduhan beliau,ada bukti tunjuk, jika beliau tiada bukti, tutup mulut” kata Zahrain pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu Zahrain mencelah ucapan Anwar di Dewan Rakyat dengan menggesa Penasihat PKR itu agar mengemukakan bukti dokumen yang didakwanya ada pada beliau.

Bagaimanapun Anwar menjawab cabaran itu dengan berkata, beliau ada dokumen yang dimaksudkan tetapi hanya akan mendedahkan pada masa yang sesuai.

“Saya sudah menjelaskan sebelum ini bahawa apabila tiba masanya, saya akan mendedahkan maklumat tentang orang tengah yang menyediakan berjuta ringgit kepada mereka yang melompat (keluar dari PKR). Saya memberitahu Parlimen bahawa saya akan mendedahkan kemudian,” kata Anwar.

Kemudian Anwar dengan berseloroh mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana membenarkannya meneruskan perbahasan sambil mengucapkan tahniah kepada Zahrain kerana ada kereta dan rumah baru.
 

Kembara Jr.......... Kenapa katak yang ini seekor tak senang dudok nampaknya, mengelabah tak tentu hala. Apakah dah terasa bahana cili yang dimakannya? Biasanya begitulah, siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Tiga ADUN Umno Perak Bakal Lompat Parti

Percaturan politik yang bergolak sejak lebih setahun lalu akan bertambah rancak apabila timbul desas desus kuat yang bertiup kebelakangan ini bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perak dikatakan akan melompat menyertai KEADILAN.

Sekiranya ia benar berlaku senario tersebut akan mengembalikan kepada keadaan sebelum rampasan kuasa haram yang didalangi Umno-BN pada Febuari 2009 apabila dua ADUN KEADILAN dan seorang wakil rakyat DAP melompat menjadi anggota Bebas dan menyokong BN.

Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?

Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim  ketika dihubungi Suara keadilan berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di  Ipoh esok.
"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.

Ketika ditanya jumlah mereka yang melompat, Zulkifly berkata setakat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno. Menurut Zulkifly lagi, ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno itu juga mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu. Tindakan itu mengakibatkan krisis politik yang berlarutan menyaksikan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum tumbang.

"Berdasarkan pengalaman dari kes Nasaruddin Hashim (ADUN Bota), kes kali ini hampir serupa. Dalam kes Nasaruddin dia keluar Umno  kerana tak puas hati kepimpinan Umno, jadi kita bawa jumpa Anwar. Tetapi kemudian dia telah menerima pelbagai ugutan sehingga memaksanya menyertai semula Umno," jelas beliau lagi.

Ditanya sekiranya desas desus terbaru ini cuma mainan politik Umno, dan sekiranya situasi yang sama berulang sepertimana kes Nasaruddin, beliau berkata ia berlaku di luar kawalan KEADILAN.
"Perkara itu di luar kawalan, hal macam itu kalau nak lompat balik, mereka mesti ada alasan yang kuat. Ini kerana budaya dalam Umno ada ugutan, mereka akan ugut dengan buka fail yang lama dan sebagainya seperti mana yang berlaku terhadap Nasarudin.
"Tapi apa yang saya ingin tegaskan sudah wujud tak puas hati di kalangan senior yang tak selesa dengan layanan pimpinan negeri, di samping tak puas hati dengan kepimpinan Najib berhubung isu judi, soal Yahudi, mereka (Umno) kata mempertahankan hak melayu tetapi, Umno yang banyak gadaikan hak Melayu. Mereka sudah mula bercakap, biasanya orang Umno tak berani nak sebut terang-terang," ujarnya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas. Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.

"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik diPerak," ujarnya.


Kembara Jr.......... Apakah ini satu kebenaran atau hanya mainan politik? Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan dan biarlah ADUN tersebut hendaknya dengan ikhlas melompat demi memperjuangkan rakyat.

Sama-samalah kita tengok perkembangannya esok.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn 
Seterusnya >>>

Anwar Cabar Najib Nafi Beri RM2 Juta Kepada Katak Lompat

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta. Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu. 
Ketika itu, beliau akan dedahkan bukti yang beliau ada, kata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana, Kota Bharu malam tadi.
Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu. Beliau berjanji  pekara sebegini tidak akan berulang lagi dimasa akan datang. 

Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta.

Kembara Jr ..... Mana mungkin Najib akan menjawab cabaran Anwar tu, lebeh baik dia dok diam-diam saja. Paling tidak dia suroh panglima-panglimanya menjawab. Itulah dia Najib,  Perdana Menteri 1Malaysia. Telah berapa banyak isu-isu penting yang dipertikaikan yang memerlukan penjelasan beliau tetapi tak pun di jawabnya.

Samaada Najib jawab atau tidak itu tak penting, apa yang patut didedah teruskan pendedahan tersebut. Biar rakyat tau dan menilai sendiri siapa betul siapa salah dan parti mana sebenar-benarnya berjuang untuk membela kesejahteraan rakyat.

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Dua Katak Dah Meracau Kena Usik Di Anuar

Datuk Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru, tidak akan teragak-agak menyaman Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau dikaitkan antara pemimpin lompat parti untuk menerima habuan dari BN. Menurutnya, beliau tidak gentar dengan ugutan Anwar yang mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa wakil rakyat PR meninggalkan parti ditawar RM2 juta dan kontrak kerajaan sebagai ganjaran. Jika Anwar secara jelas menuduh beliau, akan mengambil tindakkan undang-undang keatas Anwar. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil- wakil rakyat yang meninggalkan PKR ditawarkan RM2 juta dan kontrak kerajaan berjuta-juta ringgit sebagai habuan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah turut menafikan dakwaan Anwar itu sebaliknya beliau pernah ditawarkan sebanyak RM8 juta supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Jika habuan yang beliau kejar, sudah tentu beliau akan menerima tawaran tersebut tetapi beliau mementingkan khidmat kepada rakyat," katanya.


Kembara Jr ..... Dah mula dah, ada dah yang terasa pedas dek makan lada. Mengelupur tak tentu hala dah. Katak Parlimen Bayan baru nak saman Anwar kalau libatkan dia. Puuiiih, Lim Guang Eng dah saman ke? kata nak saman fasal Lim Guang Eng kata anda jadi katak kerana tak dapat kontrak kerana syarikat anda cuma modal RM2 sahaja. Kenapa tak saman lagi? Tak berani, fasal Lim Guang Eng kata tu betul kan !!!!!
Belum Anwar dedah dah macam cacing kepanasan, kenapa? relak lah, kalau kita dari pehak tak bersalah  apa nak di takutkan. Dedah aja nanti dan ada nama terbabit terus aje saman, janganlah belum dedah apa-apa dah melenting dan nak saman. relak ya datuk !!!! tunggu Anwar sebut nana dulu, nama datuk ada ke tidak. Sabar, jangan panik. Tarik nafas panjang-panjagnggggggggg.

Sekor lagi katak Pelabuhan Kelang pulak kata dia ditawar pulak oleh Anwar RM8 juta pulak dah. Hoooiiittt, Umno yang kaya raya cuma beri RM2 juta ni PKR yang tak ada duit nak bagi RM8 juta? Daripada beri awak RM8 juta lebeh baik Anwar buat kolam besar yang cantik-cantik siap pagar tinggi supaya katak-katak yang suka melompat tidak dapat melompat keluar. Apa awak ingat awak tu hebat sangat sehingga harga melambung RM8 juta. Ada akal fikirrrrrrrrrrrrr...........

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Nik Aziz: Wakil rakyat lompat parti ibarat ‘tidak akil baligh

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai "tidak akil baligh" atau tidak matang berpolitik.

Beliau berkata Akil baligh tidak semestinya dari segi umur seseorang saja tetapi Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik.

Mursyidul Am Pas itu mengakui perbuatan itu telah menjadi amalan biasa dalam politik sekarang dan menurutnya diperingkat awal dalam Pas dulu, di kalangan pemimpin PAS sendiri pernah berlaku keadaan sebegitu kerana mereka masih belum mengenali perjuangan politik Islam sebenar parti itu.

Kembara Jr ..... Aku setuju dengan kata Tok Guru tu, cuba kita tengok budak-budak yang belum akil baligh tu macam mana pendirian mereka? selalu berubah-rubah kan!! jadi betullah kalau tok guru samakan orang lompat parti dengan orang tidak akil baligh. Mana-mana katak tu lu pikirrrrrrrr lah sendiri.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Seterusnya >>>

Persatuan Katak Bertambah Ahli


Wee Cho Keong, Ahli parlimen Wangsa Maju hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menjadi ahli Bebas.

Dalam sidang media yang diadakan di pusat khidmatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Wangsa Maju itu berkata tindakannya itu berkuat-kuasa hari ini. Pengumuman beliau itu menjawab desas-desus sebelum ini yang mengatakan dia adalah antara ahli parlimen yang akan meninggalkan partinya.

Kembara Jr ..... Pakatan Rakyat tidak akan kukuh dan stabil selagi spesis katak ini ada didalamnya. Biarkan katak-katak yang ada melompat keluar semua. Usah risau !!!. Biar yang tinggal golongan yang betul-betul bersemangat untuk berjuang. Satu hari nanti Pakatan Rakyat akan stabil dan kukuh juga. Insyaallah....

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Seterusnya >>>

Jangan Pandang Mudah Dakwaan Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini membayangkan kononnya sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat akan tumbang dalam masa terdekat ini, dan pada masa yang sama beliau menasihatkan sebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar mengambil langkah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Walaubagaimanapun beliau tidak menamakan kerajaan negeri itu tetapi umun memandang ke arah Negeri Kedah akan dakwaannya kerana perbezaan kerusi antara Pakatan Rakyat dan pembangkang termasuk Barisan Nasional (BN) cuma empat kerusi sahaja.

Zulkifli berkata, dua Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri akan keluar parti dalam waktu yang terdekat dengan alasan PKR telah hilang hala tuju, berbeza daripada matlamat asas reformasi. Zulkifli tidak pula menyatakan siapakah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang dimaksudkan.

Kembara Jr .... Harap-harap Menteri Besar Kedah tidak memandang ringan dakwaan ini. Walaupun ianya hanya dakwaan atau mainan politik tetapi ianya mungkin juga ada kebenaran. Ustaz Azizan buatlah sesuatu secepat mungkin sebelum ianya betul terjadi.

Dalam pakatan masih banyak lagi musam bernulu ayam. Mereka inilah yang akan merosakkan pakatan. Bertindaklah sebelum terlambat.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Seterusnya >>>