Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lewat ke Pejabat

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi ku kerana lewat kepejabat akibat tidak boleh bangun dari tidur. Puas isteri ku kejutkan namun bagaikan ada sesuatu yang memaksakan supaya aku terus tidor. Walaupun dikejutkan aku terus juga tidur. Aku hanya bangun pada pukul 0850 pagi. Bergegas kebilik mandi kemudian kenakan pakaian dan terus kepejabat tanpa bersarapan pagi. Aku sampai dipejabat pukul 0920 pagi. Hari ini pula merupakan hari senggaraan tahunan dibahagian kilang. Kelam kabut aku dibuatnya, banyak benda perlu diuruskan untuk senggaraan tersebut.
Dipejabat, setelah urusan kilang selesai aku ashik memikirkan kenapa aku tak boleh bangun sebagaimana biasa pagi ini hinggakan tidak menunaikan solat suboh, solat yang wajib keatas orang Islam. Kebiasaan aku bangun pukul 0500 pagi tiap-tiap hari. Itulah routine harian bangun pagi ku. Disebelah malam begitu juga, aku rasakan aku tidur sebagaimana malam sebelum ini. Tidak lewat daripada itu. Waktu tidur ku adalah diantara 1230 malam hingga 0100 pagi tiap-tiap malam.
Kesimpulannya aku rasakan tentu ada hikmah daripada kejadian tersebut cuma aku saja tidak tahu. Hanya tuhan saja yang tau. Setiap yang baik itu dari Allah manakala setiap yang burok itu dari kita sendiri. Doa ku pada mu tuhan agar tidak akan berulang lagi kejadian sebegitu.

0 Komen pengunjong :