A
ku mengenali Mr.Omoji ( Bangsa Jepun ) apabila dia mula bekerja dengan syarikat tempat aku bekerja pada tahun 2004. Perkhidmatannya adalah secara kontrak selama lima tahun berakhir tahun 2009. Beliau merupakan seorang jurutera yang berpengalaman dan mempunyai banyak pengentahuan kerja, dan disamping itu beliau juga seorang yang baik hati dan tidak kedekut dengan ilmu yang ada padanya. Setiap kali aku ke Jepun atas urusan syarikat beliau banyak membantu ku ketika disana. Jadi semasa bekerja bersama dengannya banyaklah ilmu-ilmu dan juga budaya kerja orang Jepun telah aku pelajari darinya.
ku mengenali Mr.Omoji ( Bangsa Jepun ) apabila dia mula bekerja dengan syarikat tempat aku bekerja pada tahun 2004. Perkhidmatannya adalah secara kontrak selama lima tahun berakhir tahun 2009. Beliau merupakan seorang jurutera yang berpengalaman dan mempunyai banyak pengentahuan kerja, dan disamping itu beliau juga seorang yang baik hati dan tidak kedekut dengan ilmu yang ada padanya. Setiap kali aku ke Jepun atas urusan syarikat beliau banyak membantu ku ketika disana. Jadi semasa bekerja bersama dengannya banyaklah ilmu-ilmu dan juga budaya kerja orang Jepun telah aku pelajari darinya.
Pada 31/12/2009 adalah merupakan hari terakhir Mr.Omoji berada di Malaysia. Sebagai mengenangkan persahabatan kami selama ini aku menjemput Mr.Omoji dan isterinya kerumah ku untuk makan dan minum bagi kali terakhir sebelum berpisah. Mengingatkan jarak anatara Jepun dan Malaysia amatlah jauh saya rasakan ini adalah kali terakhir kami bertemu. Sebab itulah aku menjemputnya kerumah ku untuk kali akhir beramahmesra. Mr.Omoji dan isterinya tidak keberatan menunaikan permintaan ku dan beliau datang kerumah sebagaimana dijanjikan.
Kami berbual panjang semasa dirumah ku. Cuma satu masalah timbul ialah isteri Mr.Omoji tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Dia hanya tau bertutur bahasa ibundanya sahaja. Jadi bila aku dan juga isteri ku bercakap dengannya samalah seperti ayam dan itik berkomunikasi. Pun begitu kami masih faham dan memahaminya setelah di terangkan oleh Mr.Omoji. Mr.Omoji bertindak sebagai jurubahasa pada ketika itu. Pertemuan petang itu amat ceria sekali walaupun menghadapi masalah pertuturan bahasa diantara kami.
Satu ketika semasa makan dan minum tiba-tiba isteri Mr.Omoji terjerit-jerit dalam bahasa Jepunnya. Aku sepatah haram pun tak faham apa yang dijeritkannya. ( Walaupun aku bekerja dengan syarikat Jepun telah lama tetapi aku tidak mempelajari bahasanya. Malas hendak belajar. Disinilah ruginya aku kerana tidak mempelajari bahasa tersebut ). Sambil terjerit-jerit tangannya mengipas-ngipas mulutnya dan kelihatan matanya merah dan berair. Mr. Omoji bertindak menenangkan isterinya sambil berkata sesuatu yang aku dan keluarga ku tidak faham sepatah pun. Aku pun naik panik juga ketika itu ingatkan isterinya terkena hysteria ke apa ke. Apabila difikirkan pula tidak pernah aku dengar orang Jepun kena hysteria. Orang melayu kita biasalah. Kuranglah pulaknya panik ku. Keadaan sunyi sepi seketika kecuali jeritan isteri Mr.Omoji. Aku cepat-cepat tanya Mr.Omoji kenapa, kerana aku pun bimbang juga silap-silap lain jadinya jika berterusan begitu. Mr.Omoji nasihatkan aku jangan bimbang kerana isterinya hanyalah termakan hirisan lada yang ada dalam makanan 'satar' yang dimakannya. Lega rasa ku. Betul lah pun, jenis orang Jepun memang kebanyakannya tidak boleh makan makanan yang pedas-pedas. Jadi itulah yang terjadi kepada isteri Mr.Omoji, termakan lada yang baginya sudah terasa pedas. Padahal bagi kita setakat hirisn lada tu tak akan rasa apa-apa pun. Dah tau saje puncanya aku pun suroh dia minum air cepat-cepat. Biasalah kalau kita pedas kita akan minum air kan? Itu pasal lah aku suroh dia minum air. Selepas beberapa ketika barulah aku nampak isteri Mr.Omoji kembali tenang. Rasa pedasnya dah hilang. Selepas itu kami semua ketawa beramai-ramai mengingatkan telatahnya sebentar tadi.
Pertemuan dihari tersebut berakhir apabila Mr.Omoji dan isterinya minta diri untuk balik kehotel tempat penginapannya sebelum ia berangkat pulang ke Jepun besoknya. Sebelum balik kami semua berharap agar kita semua berjumpa lagi dimasa hadapan samada di Jepun atau diMalaysia. Semoga ketemu lagiiiiii
0 Komen pengunjong :