Bagi bahagian dibawah jagaan aku, tidak kurang juga banyaknya mesin yang perlu dibaiki. Diantara yang paling penting ialah 'impeller' dan 'casing' mainfan yang perlu diperbaiki bagi memastikan sedutan dari relau berkesan apabila beroperasi nanti. Jika tidak debu-debu akan berterbangan dipersekitaran kilang menyebabkan persekitaran kotor nanti. Disamping itu peralatan direlau juga akan rosak kesan daripada sedutan dari mainfan yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Bag penapis ini memainkan peranan penting dalam proses sedutan sesebuah mainfan. Jika bag penapis tersumbat sedutan akan menjadi berkurangan kerana tekanan menjadi tinggi. Jika bag penapis bocor pula, ianya akan mengeluarkan debu-debu yang akan akan berterbangan diudara. Semuanya perlu dijaga demi kebaikan pekerja dan juga kilang.
Sesuatu yang penting yang aku ingatkan kepada pekerja ialah soal keselamatan semasa membuat kerja. Ini amat perlu diambil peringatan demi mengelakan dari berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Aku mengingatkan bahawa aku tidak mahu sebarang kemalangan berlaku semasa bekerja. Syukur alhamdulillah kerana sehingga kehari ini tiada sebarang kemalangan berlaku dan pinta ku agar tiada sebarang kemalangan berlaku sampai bila-bila.
Begitu juga dengan pekerja-pekerja kontrak yang bersama pekerja ku. Peringatan yang sama telah diberikan kepada mereka oleh aku dan penyelia.
Semoga semua yang melakukan kerja dibahagian ku dan juga bahagian lain dijauhi sebarang kemalangan yang tidak diingini. Insyaallah..................................
0 Komen pengunjong :