Ayah Su Kahwin


Ayah Su telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihannya dari Kampung Kubu Gajah, Selangor pada bulan December 2009. Majlis akad nikah dilangsungkan di Masjid Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor manakala majlis persandingan pula diadakan selepas majlis akad nikah pada hari tersebut.Seminggu kemudian diadakan pula majlis sambut menantu di Kampung Jambu Bongkok, Terengganu.
Kedua-dua majlis diraikan bersama oleh adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan dari kedua belah pengantin. Walaupun dalam keadaan sederhana namun kedua-dua majlis tersebut begitu ceria sekali. Hari tersebut adalah merupakan hari bahagia bagi kedua mempelai. Semoga Ayah Su dan isteri kekal bahagia hingga keanak cucu.

0 Komen pengunjong :