Serba Sedikit Mengenai Keluarga


Saya mempunyai empat orang anak. Seorang lelaki dan tiga perempuan yang dikenali dengan panggilan Along ( Bukan Along yang bagi pinjam duit tu tapi anak pertama saya - Noramzalina ), Angah ( Anak kedua - Noramzaiza ), Abang ( Anak ketiga lelaki tunggal - Mohammad Izzat ) dan Adik ( Anak bongsu - Nur Najwa ). Kecuali Adik ketiga-tiga anak yang lain dah bekerja. Adik sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.
Kami tinggal di Taman Geliga Indah, Kemaman, Terengganu.Kami disini sudah hampir sepuloh tahun. Rumah ini adalah rumah kami sendiri setelah bertungkus lumus bekerja selama ini untuk mendapatkannya. Syukur alhamdulillah adalah juga tempat tinggal sendiri.
Juga syukur kehadrat Ilahhi kerana dengan apa yang ada pada kami, kami rasa kami cukup bahagia walaupun bermacam-macam karenah dan perangai anak-anak yang saya dan isteri hadapi hari-hari.Bagi kami keluarga kami adalah syurga kami. Syukur sekali lagi. Semoga kebahagian ini akan kekal untuk selama-lamanya. Insyaallah....

0 Komen pengunjong :