KUALA
LUMPUR — Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar hari ni
berkata, adalah berdosa untuk beliau memanipulasi statistik jenayah,
dalam mempertahankan kenyataan dari kerajaan bahawa kadar jenayah
semakin menurun walaupun persepsi rakyat mengatakan sebaliknya.
Beliau juga mencabar mereka yang mengkritik untuk membuktikan
statistik jenayah telah dimanipulasi, dan berkata akan mengambil
tindakan ke atas mereka yang bersalah.
“Saya terbuka kepada kritikan,” katanya hari ini, dengan berkata,
rakyat digalakkan memberitahunya jika ada sesuatu yang tidak kena.
Minggu lalu, surat dari tidak dikenali, dikatakan ditulis oleh
seorang pegawai polis yang bernama Sumun Osram, telah mendakwa kes
jenayah telah bertukar dari jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks
yang tidak didaftarkan sebagai sebahagian dari statistik rasmi dari unit
keberkesanan Putrajaya PEMANDU.
Di Malaysia, polis membahagikan jenayah kepada dua kategori, indeks
dan bukan indeks — yang mengatakan jenayah indeks adalah jenayah yang
berlaku secara berulang dan memberi signifikan kepada indikator situasi
jenayah, manakala bukan indeks dianggap kes minor.
Semalam, polis mengatakan bahawa dakwaan itu sebagai “tidak benar”,
dan mengekalkan data yang diberikan sebagai statistik jenayah.
Polis menambah, secara keseluruhan, jenayah (indeks dan bukan indeks) telah menurun dari tahun 2010, 2011 dan 2012.
Awal hari ini ahli parlimen DAP, Tony Pua berkata jawapan polis
terhadap dakwaan data jenayah yang dimanipulasi itu sebagai tidak
mempunyai kredibiliti.
“Jika tidak ada manipulasi data seperti didakwa PDRM (Polis DiRaja
Malaysia), bagaimana mereka boleh jelaskan perbezaan trend antara
jenayah indeks dan bukan indeks?” kata Pua.
Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan juga telah meluahkan
pandangan yang sama, dengan berkata, pihak berkuasa perlu membuktikan
data itu dengan jawapan yang benar-benar meyakinkan orang awam.
Bulan lalu, PEMANDU mempertahankan pandangan mereka dari kritikan
orang awam tentang statistik mereka yang bercanggah dengan keadaan
sebenar.
Agensi itu, bersama polis dan Kementerian Dalam Negeri telah
berterusan berkata kadar jenayah telah menurun sejak inisiatif Program
Transformasi Kerajaan (GTP) sejak dua tahun lalu.
Pengarah bidang keberhasilan negara (NKRA), dalam pengurangan jenayah
PEMANDU Eugene Teh, pada Julai yang lalu telah menunjukkan statistik
indeks jenayah menurun dari 10.1 peratus pada Januari hingga Mei tahun
ini berbanding dengan tahun lalu.
Agensi itu juga berkata secara perbandingan juga, kadar jenayah telah
menurun dari 11.1 peratus pada tahun 2010 tahun lalu, manakala jenayah
jalanan telah menurun 39.7 peratus dalam tempoh yang sama.
.
0 Komen pengunjong :