PUCHONG
6 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan
pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia
terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang
tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata
Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform
Democracy & Social Initiatives, semalam.
“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” tegasnya.
Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan
membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran
Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.
“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.
Dalam masa sama, kata Anwar kenyataan akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam..
“Nak jatuhkan hukum itu,dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis
Fatwa dan ulama’, bincang baik-baik, lebih-lebih lagi dalam isu bughah
ini.
“Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum.
Isu ini menyebabka kekeliruan dikalangan umat dan kebencian dikalangan
bukan Islam,” ujarnya.
Leftenan polis belasah kapten di pusat hiburan
10 hours ago
0 Komen pengunjong :