KUALA LUMPUR – Bagi PAS, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menyambut hari jadinya bersama cucu dengan jamuan bihun dan kuih sahaja, sesuai dengan saranan kerajaan agar semua rakyat berjimat cermat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengutuk majlis sambutan hari jadi Menteri Dalam Negeri itu yang dilaporkan diadakan dengan begitu mewah di kala rakyat disarankan menjalani kehidupan berjimat cermat oleh kerajaan.
Mahfuz menyifatkan pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja mengumumkan pemotongan 10% elaun keraian menteri dan timbalan menteri dalam 11 langkah penjimatan mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
“Saya amat terkejut apabila membaca berita berkenaan sehingga menimbulkan satu tanda tanya dari manakah sumber kewangan yang diperoleh untuk membiayai sambutan tersebut.
“Biarpun difahamkan ia adalah sambutan hari jadi yang dibuat sekali bersama cucunya namun kenapa tidak dibuat di rumah bersama keluarga, antara atuk dan cucu dengan hanya dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih. Saya rasa itu sudah mencukupi,” katanya kepada media.
Mahfuz berkata demikian mengulas mengenai laporan The Malaysian Insider hari ini yang mendedahkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam dimana tetamunya mendakwa ia menjadi sambutan Tahun Baru.
-/ Malaysianinsider
Rakyat perlu sedar dan terima hakikat bahawa bihun dan kuih adalah sesuai untuk yang kurang mampu , mana mungkin datuk seri yang ter mampu menjamu bihun dan kuih.... Mana ada kelas !
ReplyDeletelembu2 yang sponsor bro,apa ada kisah????????
ReplyDelete