Showing posts with label Anwar. Show all posts

Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?

dsai_puchongPUCHONG 6 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.
“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” tegasnya.
Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.
“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.
Dalam masa sama, kata Anwar kenyataan akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam..
“Nak jatuhkan hukum itu,dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama’, bincang baik-baik, lebih-lebih lagi dalam isu bughah ini.
“Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabka kekeliruan dikalangan umat dan kebencian dikalangan bukan Islam,” ujarnya.
Seterusnya >>>

Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyertai debat isu Allah apabila meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendiriannya sambil menegaskan dia tidak menyokong cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
"Jika Jais rasa ada tindakan yang melanggar undang-undang, mereka sepatutnya memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.
"Tetapi anda tidak boleh berbuat tindakan drastik sedemikian kerana akan dilihat sebagai tindakan anti Kristian.
“Tidak perlu sedemikian kerana ia akan melahirkan ketegangan," katanya selepas memberikan ceramah di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial, memecah kebisuannya selama ini.
Semasa menyerbu PBM, Jais turut menahan dua pegawainya dan meminta mereka ke Balai Polis Damansara.
Tetapi para peguam mempertikaikan tindakan Jais menyerbu premis PBM dan merampas Bible kerana jabatan itu tidak ada kuasa ke atas yang bukan Islam.
Mereka juga mempertikaikan keabsahan enakmen yang digunapakai dalam tindakan itu kerana ia melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.
Anwar percaya tindakan ini adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang melanda negara iaitu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran pemotongan subsidi.
"Saya tidak menolak kemungkinan mereka cuba mengalih perhatian dari masalah ekonomi dan lain-lain masalah yang dihadapi negara termasuk kualiti pendidikan, ketidakadilan ekonomi dan kebejatan moral," katanya sambil meminta Najib menyatakan sikapnya dalam isu ini.
"Kerajaan perlu menghadapi semua ini bukan dengan cara menyerang perkara lain," katanya.
Namun Anwar tidak bersetuju dengan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri DAP – Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San dari Kampung Tunku yang mencadangkan agar pindaan dibuat ke atas Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan penyebaran agama bukan Iskam) Enakmen 1988.
Enakmen yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional lalu menyekat bukan Islam dari menggunakan 35 perkataan Arab dalam amalan beragama mereka termasuk Allah, Injil dan Insya’Allah.
Anwar berkata, beliau tidak setuju tindakan itu kerana ia dilihat tergesa-gesa kerana masih ada saluran yang sesuai untuk menyampaikan pandangan mereka.
Jais menyerbu PBM ketika isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian sedang hangat dibahaskan dimana sesetengah kumpulan Islam bertegas ia hanya eksklusif untuk Islam sahaja.
Serbuan ini dipercayai ekoran kenyataan Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew yang memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan meneruskan penggunaan kalimah Allah dalam program ibadat berbahasa Malaysia mereka.
Bagi beliau, Perkara 11 (3) (A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa setiap kumpulan agama yang berhak mengurus hal ehwal agama masing-masing.
Ekoran itu, kumpulan Islam membuat perhimpunan membantah Andrew dan menuntutnya memohon maaf.

-/ The Malaysian Insider
Seterusnya >>>

Fitnah Dana Asing, Anwar Mahu Saman BH

anwar black505 padang merbok 02

KUALA LUMPUR  : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan akan menyaman akhbar Berita Harian (BH) berikutan laporan fitnah yang menyatakan beliau memperolehi dana asing yang besar daripada Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk digunakan pada perhimpunan Black505.
Laporan akhbar berkenaan pada 29 Jun lalu memetik satu wawancara khas mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.
Menurut Anwar, beliau dihubungi Jusuf melalui telefon dan memberitahu tidak menyangka kenyataannya akan diputar belit sedemikian.
“Tulisan itu tak benar, tidak datang dari saya, saya akan bantah,” kata Anwar ketika membacakan kiriman pesanan ringkas (SMS) Jusuf di dalam Dewan Rakyat pagi ini.
Anwar turut mendesak Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya menjelaskan mengapa kementerian berkenaan mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan mengenai isu ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, Jusuf menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif BH, Ketua Pengarang BH, Eksekutif BH dan Ketua Pengarang Kumpulan BH dan New Strait Times.
“Bagaimanapun setakat ini belum ada pembetulan dan penjelasan,” katanya lagi.
Justeru, Anwar menyatakan peguamnya dan Jusuf akan mengambil tindakan undang-undang terhadap BH yang memfitnah kedua-dua mereka.
Seterusnya >>>

Percaya TV3, Utusan punca MP BN tak dapat maklumat penipuan PRU

Anwar

KUALA LUMPUR : Terlalu bergantung kepada laporan TV3 dan Utusan Malaysia punca Ahli Parlimen BN tidak mendapat maklumat sebenar berhubung kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama semasa mengendalikan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu mengulas dakwaan Ahli Parlimen BN kononnya kegagalan SPR hanya melibatkan penggunaan dakwat yang tidak kekal dan tiada isu lain melibatkan badan itu.
“Ahli Parlimen BN sering cabar selain dakwat kekal tiada isu lain yang dibangkitkan Pakatan Rakyat melibatkan SPR kerana mereka hanya baca Utusan dan tonton TV3, sedangkan kalau teliti petisyen (pilihan raya) yang dikemukakan, banyak kes seperti pengundi hantu.
“Petisyen (Parlimen) Libaran misalnya menyebut secara khusus (kewujudan) pengundi yang bukan warga negara dalam senarai (daftar pemilih),” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Anwar, insiden blackout (lampu padam) semasa pengundian 5 Mei lalu dan petisyen bantahan berhubung isu itu melibatkan Parlimen Baram di Sarawak, DUN Klias, Sabah dan kawasan lain yang pernah didedah Pakatan Rakyat dinafi SPR dan pemimpin BN.
“Begitu juga di Parlimen Tapah yang kini menjadi kes mahkamah. Bagaimana SPR mengizinkan kakitangan Majlis Daerah mengangkut keluar peti-peti undi dari lokap pada masa yang tidak dibenarkan.
“Manakala penipuan di Parlimen Balik Pulau, bilangan undi melebihi jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Sebanyak 700 kertas undi diterima pegawai pengurus SPR sedangkan bilangan yang ada hanya 424, selain Borang 14 menyebut 556,” kata Anwar lagi.
TV3 dan Utusan tidak memberi peluang kepada Ketua Pembangkang itu untuk diwawancara tetapi memberi temuramah khas kepada SPR untuk menyerang Pakatan.
Seterusnya >>>

Penasihat kementerian: Apa rasional lantik bekas menteri


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempertikaikan pelantikan beberapa bekas menteri sebagai penasihat di kementerian yang diberi jawatan sama taraf dengan menteri.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan itu termasuklah dua orang bekas menteri iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang masing-masing menjadi penasihat di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Katanya, pelantikan itu akan membebankan rakyat di mana mereka akan menanggung kos bayaran gaji yang tinggi kerana gaji mereka sama taraf dengan gaji menteri.

"Kalau Menteri Pelancongan tidak layak, tidaklah... tidak perlu ambil penasihat untuk kementerian," katanya dalam sidang media Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen tengah hari tadi.

Turut sama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun beliau terpaksa meninggalkan mesyuarat terlebih dahulu untuk mengumumkan calon PRK Kuala Besut pada malam ini.

Beberapa pimpinan PAS yang bersama dalam sidang media termasuklah Naib Presiden dan Setiausaha Agung, Datuk Husam Musa dan Datuk Mustafa Ali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan berapa juta ringgit yang akan dikeluarkan kerajaan untuk dibayar kepada pemimpin-pemimpin Umno BN pula selepas ini.

Sehubungan itu, Anwar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil untuk menjelaskan rasionalnya melantik penasihat-penasihat itu.

Sebelum ini, Rais Yatim telah mengesahkan menerima pelantikan sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang menaruh kepercayaan untuk saya menjawat jawatan itu.

"Sebagai penasihat, tentu hal itu harus cermat dan mengambil kira pelbagai aspek dan elemen dalam memperjuangkan hal-hal sosial dan kebudayaan," kata Rais.
Seterusnya >>>

Kecam pelantikan ke GLC, Anwar sifatkan ‘upah’ pilihan raya


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sebagai 'upah' pilihan raya.
Mengecam pelantikan berkenaan, Ketua Pembangkang itu pada sidang media di Parlimen, hari ini turut menggesa bayaran kepada mereka didedah kepada umum.
"Kita lahirkan kebimbangan terhadap perlantikan bekas menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet yang berlebihan sebagai ganjaran.
"Terlalu ramai yang diberi upah begitu besar. Kalau tak layak, tak payahlah lantik jadi penasihat atau apa-apa jawatan," katanya.
Beliau merujuk pelantikan beberapa bekas menteri dan timbalan menteri dalam GLC, antaranya Tan Sri Rais Yatim, Datuk Seri Ng Yen Yen, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan beberapa lagi.
Antara yang terbaru, Rais sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ng (Pengerusi Tourism Malaysia) dan Abdul Azeez (Pengerusi Lembaga Tabung Haji).
Anwar juga menyatakan kebimbangannya dengan beban yang terpaksa ditanggung Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam memberi ganjaran kepada pemimpin BN serta mahukan Putrajaya mengeluarkan senarai penuh pelantikan itu.
"Kita mahu tahu daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) apa beban di JPM dan berapa banyak pemimpin BN yang dilantik," katanya.
Pada 29 Jun lalu, The Malaysian Insider melaporkan sumber memberitahu Ahli Parlimen BN yang tidak diberikan jawatan kerajaan diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka.
Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti diberikan ganjaran.
Pada masa lalu, perdana menteri berhati-hati untuk meletakkan terlalu ramai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah GLC, bimbang akan menyebabkan pertembungan budaya dan keutamaan dengan pihak pengurusan yang profesional dan sudah tentu akan menyebabkan kelemahan prestasi syarikat berkenaan.
Tetapi Najib perlu menggunakan pendekatan baru kerana dua sebab – barisan panjang ahli politik Umno di luar pejabatnya sejak pilihan raya umum 5 Mei dan pemilihan parti hujung tahun ini.
Dalam dua acara baru-baru ini, perdana menteri menggunakan kuasa budi bicaranya untuk melantik pengerusi di dua GLC, mengenepikan senarai calon diberikan eksekutif GLC itu.
Terdapat lebih kurang 60 ketua bahagian Umno tidak diletakkan sebagai calon pada pilihan raya 5 Mei termasuk ahli Parlimen mengalahkan tokoh besar pembangkang tetapi tidak diberikan jawatan Kabinet dan terakhir, golongan yang memberikan laluan kepada calon baru di kerusi Parlimen mereka.
Beberapa ahli politik Umno diberikan jawatan kanan di GLC dan agensi kerajaan termasuk Datuk Abdul Ghani Othman yang dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah.
Beliau baru-baru ini dilantik menjadi pengerusi bagi salah satu syarikat perladangan terbesar dunia, Sime Darby.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, agensi pelaburan strategik kerajaan.
Seterusnya >>>

Jusuf Kalla tak pernah mengutuk saya - Anwar

MEDIA UMNO KANTOI LAGI: Jusuf Kalla tak pernah mengutuk saya - Anwar

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dikatakan telah membuat penafian berhubung dakwaan kononnya PR menerima dana asing untuk membiayai demonstrasi jalanan dan pelbagai siri ceramah membantah keputusan PRU13 lalu.
Malah rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendakwa kenyataan beliau itu telah diputarbelitkan media milik Umno-BN yang mahu menjejaskan hubungan baik mereka sekali gus merosakkan imej pembangkang di mata rakyat sejak dua minggu lalu.
Anwar hari ini tampil membacakan nota yang dihantar Jusuf Kalla kepadanya.
"Tulisan itu tidak benar, saya akan bantah, setakat kelmarin dan hari ini, belum keluar lagi pembetulan.
"Saya sudah hantar empat surat bantahan kepada CEO Berita Harian, Ketua Pengarang BH, Eksekutif BH, dan Ketua Pengarah Kumpulan BH NST, saya akan susul lagi," katanya yang dipetik dari satu nota berkenaan.
Anwar dalam pada itur turut menyifatkan rencana tulisan media milik Umno-BN, yang mendakwa PR menerima dana asing bagi menganjurkan beberapa siri himpunan di negara ini sebagai satu serangan keras yang tidak masuk akal.
"Dari awal saya tidak yakin beliau (Jusuf) akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu, apatah lagi yang mula menyiarkan artikel itu adalah Azahari dari MyNewsHub, blog yang ditaja oleh Umno.
"Jusuf Kalla berulang kali meminta saya jangan buat ulasan sehingga beliau mengarahkan media Berita Harian supaya membetulkan," dakwanya.
Sebelum itu, Jusuf dalam notanya kepada Anwar memberitahu seorang wartawan Malaysia dari MyNewsHub mahu menemu bual beliau.
Namun rencana itu kemudiannya dipetik oleh Berita Harian.
"Beliau kata teman-teman di Jakarta tidak senang (dengan perkara itu), dia kata ini bukan pak Jusuf dan bukan cara dia buat begitu.
"Sebab itu, saya kata kepada Jusuf, saya enggan ditemu bual oleh media Malaysia kerana rekod fitnah itu begitu kuat walaupun saya harus akui tidak semua media Malaysia begitu, hanya media Umno-BN yang memutarbelitkan kenyataan," tegas Anwar.
Sehubungan itu, Anwar sudah berbincang dengan barisan peguamnya yang menasihatkan beliau supaya mengeluarkan surat kepada semua media yang menyiarkan laporan itu supaya membetulkan semula seperti yang dikehendaki Jusuf.
"Saya memberi ingatan mana-mana ahli Parlimen yang ulang, akan kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.
"Kalau diulang di luar Dewan, saya terpaksa ambil tindakan mahkamah, kerana tuduhannya biaya dari Amerika, China, Korea, Siam, hebat saya, semua negara mendokong," katanya.
Seterusnya >>>

Yang dilapor Wikileaks melibatkan MP Pekan, bukan saya

dsai

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parlimen BN Simpang Renggam, Liang Teck Meng bahawa laman Wikileaks pernah menerbitkan laporan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
“Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat. Yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan Wikileaks.
“Wikileaks mengandaikan Pekan (Najib) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
“Yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya, tidak disebut Wikileaks,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat pagi tadi.
Liang di Dewan Rakyat semalam mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).
Anwar kemudianya meminta Liang bangun untuk memberi penjelasan, namun tiada jawapan.
“Tidak ada sama sekali rujukan dalam Wikileaks. Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan) dalam Wikileaks,” katanya.
“Masa berucap tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani menjerit dari bawah. Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun,” cabar Anwar di Dewan Rakyat.
Justeru, Anwar bercadang merujuk Liang ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahguna kekebalan berhujah di Parlimen.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar menyatakan untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.
“Kita semak tidak ada. Ini menunjukkan bukti yang luput. Tidak ada asas sama sekali. Dia kata Wikileaks tetapi bila disemak (mungkin) dia ambil daripada blog Umno,” kata Anwar
Seterusnya >>>

Isu akaun: Anwar mahu rujuk MP ke JK Parlimen


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan merujuk seorang MP BN, yang mendakwa beliau memiliki wang ratusan juta ringgit di akaun bank luar negara, ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahgunakan kekebalan berhujah di Parlimen.
Menurutnya, dakwaan yang dihamburkan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) itu tidak pernah dilaporkan laman WikiLeaks seperti yang didakwa.

Berucap di Parlimen pagi tadi, Anwar turut mencabar Liang sekali lagi untuk bangkit menjelaskan dakwaannya semalam.

"Tidak ada sama sekali rujukan dalam WikiLeaks.

"Jadi demikian tentunya ada hak bagi Yang Berhormat (Simpang Renggam) bangkit supaya ada penjelasan.

"Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Parlimen), supaya saya boleh saman.

"Masa dia berucap, (dia) tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani (hanya) menjerit dari bawah.

"Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat.

Liang bagaimanapun terus berdiam diri apabila diberi peluang tersebut.

Anwar seterusnya berkata, Liang mengambil risiko dengan memetik laman pembocor rahsia WikiLeaks untuk berhujah di parlimen.
Ini kerana, laman berkenaan sebelum ini menerbitkan andaian bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, dakwa Anwar.
"WikiLeaks mengandaikan Pekan (Datuk Seri Najib Razak) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

"Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat, yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan WikiLeaks (juga), yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya tidak disebut WikiLeaks," katanya.

Seterusnya, bercakap kepada wartawan di luar Parlimen kemudian, Anwar turut mengancam untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.

Laporan Bernama semalam menyebut, Liang mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel, laporan agensi berita tersebut.
Seterusnya >>>

Fitnah akaun: Semakan data sahkan Anwar tiada rekod


KUALA LUMPUR 3 JULAI: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin membidas tuduhan mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun di luar negara.
Isu ini timbul ekoran seorang penyokong kerajaan mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Sim berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan berbaur fitnah.
“Semalam pihak KEADILAN telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu,” kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu.
“Hasil semakan mendapati terdapat 17 rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan dengan pendedahan Anwar mempunyai 20 akaun (bank),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mendakwa, beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bangun mencelah mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu.
Beliau juga menggesa Liang mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
“…Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat…jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu,” kata Tian yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Seterusnya >>>

Anwar kekal Ketua Pembangkang Parlimen

DSAI

KUALA LUMPUR 26 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik semula hari ini sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen bagi penggal ke-13.
Pelantikan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau berkata, pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3).
“Mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa beliau (Anwar) sebulat suara mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang,” katanya pada persidangan Parlimen hari ini.
Anwar mula dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada penggal Parlimen ke-12.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menyatakan, Pakatan Rakyat bersetuju mengekalkan Anwar mengetuai gabungan itu di Parlimen.
Persoalan siapa menjadi Ketua Pembangkang timbul apabila DAP memperolehi jumlah kerusi terbanyak yang dimenangi Pakatan iaitu 38 kerusi, KEADILAN (30) dan PAS (21) kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Seterusnya >>>

Anwar beri amaran 'sindrom penat' pemimpin Pakatan

pakatan convention de palma 230613

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang 'sindrom kepenatan' yang menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat.

"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang.

"Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis.

"Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa.

"Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya.
Seterusnya >>>

Anwar : Penahanan Husam Bersifat ‘Selective Persecution’

anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 02

AMPANG 23 JUN : Penahanan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam disifatkan ‘penganiayaan terpilih’ (selective persecution) oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Umno-BN.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ‘penderaan’ terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tetap diteruskan walaupun Kerajaan Persekutuan adalah kerajaan minoriti.
“Penderaan terhadap pimpinan PR diteruskan, walaupun kerajaan itu adalah minoriti yang tidak dapat dinafikan walaupun rakyat telah menolak BN.
“Budaya keangkuhan dan pendakwaan yang memilih ‘selective prosecution’, malah saya katakan ia adalah ‘selective persecution’ itu diteruskan,” katanya.
Semalam, Husam ditahan di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu kenyataan yang beliau keluarkan di Kota Bharu sebelum perhimpunan Black505 di Padang Merbok. Semalam beliau dibawa ke Kota Bharu untuk siasatan.
Husam didakwa sebagai berkata “Andaikata kita terkorban atau satu daripada kita terkorban, insyaAllah ia adalah syahid fi sabillilah”.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, penahanan Husam memperkukuhkan bukti bahawa pemimpin Umno bebas dan terlepas daripada segala kenyataan berbaur perkauman dan hasutan selama ini.
Katanya, selama hampir bertahun-tahun pemimpin Umno-BN dan kumpulan pendesak Melayu (Perkasa) mengeluarkan kenyataan sedemikian namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa.
“Ungkapan berbaur perkauman dan hasutan ini lebih berbulan-bulan dan bertahun-tahun oleh Umno dan Perkasa sama sekali tidak dihiraukan.
“Seolah-olah tidak ada perubahan dalam sistem di negara kita,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Seterusnya >>>

Anwar tegaskan perubahan akan berlaku secara aman


KUALA LUMPUR 22 Jun: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang perubahan yang bakal berlaku di negara ini akan dibuat secara aman.
Berucap dalam Himpunan Black 505 di Padang Merbok hari ini, Anwar mengulangi tuntutan Pakatan Rakyat agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.
Katanya, tuntutan rakyat jelas iaitu mahu kedua-dua pemimpin SPR itu berundur, namun ia akan dibuat secara aman sepertimana himpunan hari ini.
“Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman,” katanya depan puluhan ribu rakyat yang hadir.
Pakatan sebelum ini memfailkan 39 petisyen berhubung penipuan dan salahlaku pilihan raya membabitkan kawasan parlimen dan DUN seluruh negara.
Tegas Anwar, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Tan Sri Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan kerana kegagalan mereka, khususnya dalam isu dakwat kekal dan berpihak kepada Umno-BN.
“Kamu tidak layak (memimpin SPR). Kamu bicara dengan sombong. Orang ini sepatutnya didakwa di mahkamah,” katanya dipetik harakahdaily.
Beliau juga memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mempertahankan SPR.
“Kamu dah hilang mandat. Kamu tak sanggup ambil tindakan kepada mereka sebab mereka berjasa kepada Umno,” katanya.
Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti didakwa pihak tertentu.
Namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.
“Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN,” katanya.
Selain mendesak pemimpin SPR berundur, Himpunan Black 505  menuntut agar pilihan raya diadakan semula di kawasan berlaku penipuan.
Di samping itu, ia juga menggesa agar persempadanan semula tidak dilakukan hingga anggota SPR yang dipersetujui Pakatan Rakyat dilantik.
Seterusnya >>>

Anwar : Tiada Pertemuan Dengan Najib


KUALA LUMPUR : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat dalam perbincangan kerajaan perpaduan semasa beliau melawat Indonesia baru-baru ini.
Menurut Anwar beliau ke Indonesia atas jemputan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan bukan untuk bertemu mantan Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tegas Anwar PKR komited untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi meneruskan agenda reformasi.
“Saya ke Indonesia bukan untuk bertemu Jusof Kalla tetapi berjumpa dengan SBY.
“Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai penipuan pilihan raya baru-baru ini.
“Saya menafikan bahawa saya menerima sebarang cadangan (pertemuan) daripada Najib,” katanya kepada media.
Sebelum ini, Anwar melalui laman Twitter milik beliau, telah menafikan sebarang ura-ura beliau bertemu Najib ketika berada di Indonesia.
Menurut Anwar pertemuan di Bali itu merupakan ‘Pertemuan dengan Presiden Indonesia termasuk isu PRU-Pemilu Malaysia’.
Seterusnya >>>

Reputasi dasar rasis UMNO menjadi sebutan serantau

Betulkah Cina akan sapu semua? Reputasi dasar rasis UMNO menjadi sebutan serantau

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia memberitahu para hadirin sebuah perhimpunan yang berlangsung pada malam Ahad bahawa beliau telah ditanya oleh ramai pihak di Indonesia samada kaum Cina akan mengambil alih Malaysia jikalau Pakatan Rakyat berkuasa seperti yang diwar-warkan oleh UMNO.
"Orang Indonesia tanya saya samada betul atau tidak jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka habislah Malaysia - semua akan disapu bersih oleh Cina," kata Anwar semasa Perhimpunan Black505 di Batu Pahat pada malam Ahad.
"Saya jawab saya akui bahawa pemimpin Cina kita pada masa ini lebih pintar, lebih berani, lebih layak. Jadi kita mesti angkat pemimpin Melayu yang lebih pintar dan lebih layak. Jikalau kita ada pemimpin Cina yang pintar tetapi pemimpin Melayu yang zalim dan korup, mampuslah kita. Dan kalau kita memilih pemimpin Melayu yang korup, kalau dia menang, harga barang naik. Syed Mokhtar sapu setengah bilion, Ananda sapu bermilion-milion."

UMNO mula "terkenal"

Anwar turut mengulas bahawa maklumat yang diberikannya mencerminkan parti UMNO pimipinan Perdana Menteri Najib Razak dan betapa terkenalnya parti itu di rantau ini kerana dasar rasismenya.
Sebelum berlangsungnya pilihanraya ke-13 (PRU13), pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri telah menggunakan retorik perkauman untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Taktik pecah-dan-perintah ini diteruskan selepas PRU13 dimana Najib menyalahkan "tsunami Cina" sebagai punca prestasi BN yang kurang memuaskan.
Komen Najib ini mendorong akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, untuk menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang membayangkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia tidak taat dan tidak bersyukur walaupun diberikan peluang untuk berjaya. Sentimen berbentuk stereotaip ini dikutuk secara menyeluruh, terutamanya daripada masyarakat Cina.
Perhubungan antara kaum di Indonesia juga diselubungi kontroversi di mana puak-puak pelampau telah mengambil kesempatan daripada masalah sosial yang dialami di negara itu semasa Krisis Ekonomi Asia pada 1998 untuk bertindak ganas terhadap masyarakat keturunan Cina tempatan. Insiden ini telah menyebabkan kelolosan modal ke negara jiran Singapura.
Oleh sebab itu pimpinan Indonesia, khususnya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, cukup prihatin dan mengambil perhatian terhadap perkembangan politik dan perhubungan antara kaum di Malaysia dan justeru telah menjemput Anwar ke Indonesia untuk memberikannya gambaran yang lebih jelas.
"Presiden SBY ingin mengetahui apa yang berlaku di Malaysia dan telah menghantar jemputan kerana liputan media yang luas di Indonesia mengenai perkembangan PRU13 di Malaysia. Sentimen disana memberi gambaran bahawa jikalau penyelewengan pilihanraya berlaku secara meluas di Indonesia seperti yang telah berlaku di Malaysia, sudah tentu rakyat Indonesia telah bangkit dan membantah secara keras, mungkin sehingga tahap revolusi!" jelaskan Anwar kepada hadirin himpunan yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

- Malaysia Chronicle
Seterusnya >>>

Buat apa bersara, Pakatan menang - Anwar


GEORGETOWN: "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum   PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di hadapan 60 ribu rakyat Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi, Anwar menafikan apa yang disiarkan dalam laman Web The Edge beberapa hari sudah.

Laporan kononnya beliau dikehendaki bersara adalah palsu dan sengaja dibuat untuk melemahkan rakyat yang cintakan keamanan untuk menuju ke Putrajaya.

Walhal ramai pemimpin dunia jelasnya, hairan kenapa parti yang mendapat undi popular iaitu 51.78 peratus berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 48.22 peratus pula diberi kepercayaan  memerintah Malaysia.

Beliau menjawab, "Di Malaysia boleh jadi macam-macam" kepada soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang pemimpin dunia Islam.

Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang dalam kenyataanya lagi tegas apabila menyifatkan kemenangan 48.22 peratus BN pada PRU 13 lalu termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan Bangladesia.

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat," ujarnya sambil melaungkan perkataan keramat 'lawan tetap lawan' dalam ceramah anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Justeru itu kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertanggungjawab, mesti ditukar dan dibaik pulih agar proses demokrasi di Malaysia berjalan dengan adil.

Selain beliau turut berucap di majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Prof Dr Ramasamy, Exco Belia dan Wanita Negeri, Choong Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Haji Abdul Halim Saleh.
Seterusnya >>>

BN mampu haramkan himpunan, rakyat tetap bersuara

dsai_penang

GEORGETOWN, 19 MEI: Kerajaan BN hanya mampu mengharamkan perhimpunan, namun mereka sama sekali takkan boleh mengharamkan suara rakyat yang menolak kezaliman dan penipuan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kerajaan BN boleh haramkan himpunan. Tetapi mereka sama sekali tidak boleh mengharamkan suara rakyat, yang menolak kezaliman dan penipuan.
“Kajian ‘The Edge’ juga menipu. Mereka menipu dalam kajian yang menyatakan rakyat mahukan saya berundur.
“Tsunami rakyat Malaysia membuktikan mereka menentang keputusan pilihan raya yang tidak adil bagi mengekalkan kerajaan yang memerintah,” kata Anwar di hadapan lebih 50,000 hadirin yang membanjiri Padang Kota Lama, malam tadi.
“Saya akan tetap bersama rakyat untuk menentang BN yang menipu bagi mengekalkan kuasa mereka,” tegas Anwar lagi dengan tepukan gemuruh dan kibaran bendera.
Dalam pada itu kata Anwar, mustahil untuk Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihan raya umum apabila hampir 30 kerusi meragukan dengan keadaan BN kekal di Putrajaya walaupun hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.
“Rakyat inginkan pilihan raya yang bersih dan adil. Kita menang dalam pilihan raya umum yang lalu. Saya tidak akan berundur,” tegas Anwar.
Tambahnya, jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang dan tidak ada bukti penipuan, Pakatan Rakyat akan menerima keputusannya.
“Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya. Kita akan cabar keputusan ini,” tegas Anwar disambut sorakan hadirin.
Seterusnya >>>

Anwar bidas kenyataan sombong Zahid Hamidi

black 505 rally seremban crowd

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.

Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin sebaliknya dilihat cuba meredakan reaksi orang ramai berhubung kenyataan itu.

Menurutnya, kenyataan Zahid itu mewakili pandangan peribadi Zahid dan bukan seluruh jemaah menteri.

Menegaskan gesaan tersebut sebagai 'bodoh', Anwar dalam pidatonya turut membidas rencana tulisan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tentang undi popular yang disiarkan akhbar sama, sehari selepas tulisan Zahid Hamidi diterbitkan.

Menurut Anwar, tindakan Ahmad menggunakan perkataan 'liwat' dalam tulisannya untuk membincangkan undi popular, adalah lucah dan tidak menghormati kebijaksanaan rakyat.

"Seorang lagi menteri Umno kata (pembangkang) jangan 'meliwat' fikiran rakyat.

"(Ini) cara yg paling lucah untuk menghina fikiran rakyat," kata Anwar.

Ahmad Maslan dalam tulisannya mengingatkan pembangkang yang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka.

Menurutnya, undang-undang Malaysia menetapkan pemenang pilihan raya adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan jumlah undi popular.
Seterusnya >>>

Semakan dapati kajian sokong ‘Anwar bersara’ palsu

Anwar dan rakyat

KUALA LUMPUR 17 MEI: Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.
Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya, Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei lalu.
Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.
“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.
Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.
Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya sama ada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan Pakatan itu untuk memenangi pilihan raya 5 Mei lalu.
81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara.
Seterusnya >>>