S Manikavasagam Cabar Bawa Ke Mahkamah

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menegaskan, beliau tidak akan melayan tuntutan Kumpulan Semesta Sdn Bhd termasuk memohon maaf dan menarik balik dakwaan berlakunya amalan rasuah terhadap syarikat itu dalam tempoh 48 jam sebagaimana di tuntut oleh syarikat berkenaan. Sebaliknya, beliau mencabar syarikat pasir itu supaya membawa kes berkenaan ke mahkamah jika merasakan dakwaannya tidak benar.

Manikavasagam berkata, beliau mempunyai dokumen-dokumen sebagai bukti wujudnya amalan rasuah yang membabitkan pegawai-pegawai atasan di syarikat berkenaan. Beliau juga mempersoalkan mengapa Kumpulan Semesta Sdn Bhd baru hendak meminta supaya menarik balik kes ini sedangkan ia sudah pun dilaporkan media Sabtu lalu.

Kumpulan Semesta telah mengemukakan tuntutan balas kepada Ahli Parlimen Kapar sehari selepas ahli parlimen itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Pengarah Eksekutif Kumpulan tersebut Ramli Abd Majed menafikan dakwaan itu dan mahu Manikavasagam menarik balik dakwaannya dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan syarikat itu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap.

Kembara Jr ..... Inilah dia kelemahan-kelemahannya, masing-masing ingin menegakkan benang basah. Masing-masing dengan dakwaan masing-masing dan tidak mahu mengalah. Apa nak dibisingkan lagi, bawa saja ke mahkamah dan biarkan mahkamah buat keputusan. Habis cerita...........Gunalah akal fikiran yang diberikan tuhan, tetapi jangan sekali-kali guna kepala lutut ooooiiiii...............Jika berpanjangan musuh politik ambil kesempatan.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :