Pengasas Al Arqam meninggal dunia

Ashaari Muhammad, pengasas pergerakan Al-Arqam, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Ipoh, petang ini. Allahyarham Ashaari, 72, yang mengidap jangkitan paru-paru meninggal dunia kira-kira 2.10 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan diKampung halamannya Pilin, Rembau Negeri Sembilan.

Allahyarham ialah pengasas pergerakan Al-Arqam, pertubuhan yang diharamkan pada tahun 1994 yang lalu selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam. Pada suatu ketika dahulu beliau memiliki perkampungan mereka sendiri di Singai buluh, Kuala Lumpur bersama pengikut-pengikutnya.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan. Beliau berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada. Jurucakap hospital berkenaan berkata, Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi. Jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di rumah tamu milik syarikat berkenaan disini.

Kembara Jr ..... Semoga Allah meletakkan allahyarham bersama orang-orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan alfatihah untuk Allahyarham. Alfatihah.........

0 Komen pengunjong :