Muhyiddin Nafi Umno Jadi Dalang Krisis MIC

Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak dakwaan anak Datuk Seri S Samy Vellu, Vella Paari bahawa Umno adalah dalang kepada konflik dalaman MIC yang berterusan sekarang ini. Muhyiddin menganggap bahawa tuduhan yang dibuat S Vell Paari, yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MIC (CWC) itu sebagai liar dan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pendidik Daerah Muar dan Ledang sempena Hari Guru di Kompleks Sukan Pagoh.

Muhyiddin mengulas kenyataan Vell Paari dalam wawancaranya bersama laman web Free Malaysia Today semalam. Vell Paari antara lain menuduh Umno menjadi dalang untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. Beliau juga mendakwa Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi Umno dan menyelar parti itu kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.


Kembara Jr ..... krisis MIC semakin menarik. Episod yang ditayangkan sekarang ialah ada anasir luar MIC yang menjadi dalang untuk merosakkan MIC. Anasir yang dimaksudkan itu sahabatnya dalam BN sendiri iaitu Umno. Tapi telah dinafikan oleh mat Sembab.

Betul ke Mat Umno bukan dalangnya?? Kalau tak ada angin pokok tak kan bergoyang atau pun tak ada kera manakan pokok boleh goyang, kalau tidak masakan anak Samy kata begitu.

Bukan apa Mat, kalau yaaa baguslah. Aku 150% setuju. Biarlah kapal yang Mat naik bersama tu cepat sikit  tenggelam. Aku rasa lepas tenggelam tu barulah Malaysia ini boleh aman bila ada orang lain jadi nahkoda dengan kapal yang lebeh selamat lagi. Teruskan kacau yaaa Mat !!!!!

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :