Pemuda Gerakan Kedah Sertai Himpunan Bantah Judi

Pemuda Gerakan Kedah dan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan kesediaannya untuk menyertai himpunan membantah judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini. Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria mengajak seluruh rakyat di negeri Kedah untuk bersama-sama dalam menjauakan himpunan besar-besaran itu.

Menurut Ahli Parlimen Padang Terap itu, Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda DAP negeri juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai himpunan tersebut. Matlamat dan tujuan himpunan itu diadakan adalah untuk menunjukkan bahawa rakyat tidak setuju terhadap kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diberikan Kerajaan Umno BN kepada Kumpulan Berjaya.

Disamping itu menurut Nasir lagi,  semua pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik termasuk Umno dan MCA juga turut di jemput untuk bersama-sama menyertai himpunan itu.


Kembara Jr ..... Orang bukam Islam pun setuju sertai sama berhimpun untuk menunjukkan bahawa mereka juga tidak setuju dengan pemberian lesen judi bola kepada Berjaya. Mereka itu bukan Islam, macam mana orang Islam dari Umno?? Begitulah kalau hati dah berkarat dah tak dapat nak bezakan mana halal, mana haram. Saudara seislam ku dari Umno, moga tuhan buka pintu hati mu agar dapat bezakan mana dosa dan mana pahla. Inshaallah.......

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :