Rakyat Akan Terbeban : Harga Petrol Di Jangka Naik Lagi

Kerajaan akan menaikkan lagi harga petrol pada tahun ini. Berkemungkinan permulaannya dinaikkan 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang. Harga petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter. Cadangan itu dibuat oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun. Mengikut cadangan, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak dijangka bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 diandaikan berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter. Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan. Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.



Kembara Jr ..... Rakyat terima hadiah lagi dari kerajaan 1Malaysia. Kerajaan yang mengambil berat dan perihatin kepada permasalahan rakyat. Tak ada kerajaan lain dah dalam dunia ini yang mengambil berat masalah rakyat cuma kerajaan 1Malaysia ini saja. Kerana keperihatinan dan ambil berat terhadap rakyat maka hadiah yang akan diberi ialah jen !! jen !! jen !! ====) KENAIKAN HARGA PETROL.

Bayangkan lah kepada rakyat yang berpendapatan rendah, dah lah semua barang harga naik sekarang dibebankan pula dengan kenaikan harga petrol pula. Pergi balik kerja guna motorsikal burok, mana nak buat makan, minum dan pakai, kerana duit itulah juga nak buat isi minyak motor. Cuma satu kita doakan agar petrol tersebut tidak dinaikkan harganya dalam masa terdekat ini.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :